Wednesday, April 28, 2010

Kemusnahan sungai angkara manusia.


Masyarakat di malaysia umumnya di kenali dngan sifat2 yang mulia seperti bantu membantu,hormat menghormati dan mulia dengan menderma atau bersedekah kepada yang memerlukan.Sikap sebegini telah diamalkan sejak zaman berzaman.Lantaran itu ramai pengunjung dari luar negara amat senang dengan sikap masyarakat dimalaysia.Tidak peliklah jika banyak pujian yang diberikan kepada rakyat malaysia.

Ini pula pandangan saya terhadap sikap rakyat tentang kebersihan saliran pengairan.Terpetik untuk menulis artikel ini kerana saya melihat sendiri terlalu banyak sisa buangan yang mengalir kelaut melalui muara sungai ketika aktiviti memancing baru-baru ini.Terpaksa sampan bergerak perlahan kekiri dan kekanan mengelak longgokan sampah.Lebih meyedihkan apabila pancing yang dilontarkan hanya mendapat sampah!..Hasil tangkapan pun kurang kerana angkara sampah.Ikan mana nak mendiami kawasan sampah.Jangan sampai koloni ikan musnah kerana sikap buruk ini.

Ada sesetengah orang tanpa rasa bersalah membuang sampah atau sisa makanan kedalam longkang atau sungai.Saya tidak tahu kemanakah hilang nilai kesedaran tentang kebersihan.Apa salahnya membuang sampah ditempat yang betul.Terlalu beratkah untuk meletakkan sampah dalam tong sampah.Ataukah mereka tidak tahu membezakan tong sampah atau longkang.Memang kurang ajar..Plastik atau botol yang dibuang merupakan tekstur yang sukar untuk dilupuskan.Barangan buangan ini akan tenggelam didasar sungai dan menjadikan sungai cetek.dan tersumbat.Bila turunnya hujan lebat,tentunya menimbulkan banjir dan pengaliran air tidak terurus.

Sebagai contohnya,banjir yang berlaku di sekitar lembah klang dan kuala lumpur.hanya beberapa jam turunnya hujan sudah menenggelamkan kawasan sekitarnya.Tambahan lagi jika kawasan tersebut adalah kawasan tanah rendah.Ini tentu meresahkan penduduk sekitarnya.Jangan terlalu mengharapkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini.Kita sebenarnya perlu menyemaikan sikap menjaga kebersihan dari awal lagi.Akhir kata pupuklah semangat cintakan kebersihan dan inilah tanggungjawab kita bersama.