Friday, June 12, 2009

My part time job.


Waktu-waktu yang membosankan aku isi dengan membuat kerja sambilan.walaupun tidak lumayan tetapi aku gembira kerana dapat mengisi masa lapang aku dengan kerja-kerja yang berfaedah.Pada waktu cuti aku menghabiskan masa dalam bahagian perladangan.

Perladangan yang aku maksudkan ialah kerja berkaitan dengan kelapa sawit.Seawal 7 pagi aku pergi ke ladang membawa rod dan sabit.pada mulanya aku kekok kerana rod yang panjang memerlukan tenaga yang banyak.perlahan2 aku belajar mengait sehinggalah sekarang sudah 6 bulan aku mengusahakan ladang ayah aku ini.Sebelum ini pekerja ayah aku yang membuat keja ini.tetapi dia ada masalah kesihatan,so aku yang teruskan.Seronok sebenarnya bila berada di ladang ini.tidak terasa masa berlalu begitu cepat.

Kesihatan dan selera makan aku pun bertambah.alhamdulilah syukur.aku dikurniakan ladang untuk diusahakan disamping dapat menambah duit poket.

Final projek peringkat jabatan(Politeknik Shah Alam)


Kami terdiri daripada pelajar Separuh masa Diploma Kejuruteraan elektronik.Kami telah membuat projek semester akhir iaitu internal pipe investigation unit(IPIU).Kami adalah daripada Pekerja KEV dan pekerja perbandaran kuala Langat.Kami berempat telah bersetuju untuk memulakan projek ini pada semester 3 lagi.
Ahli kumpulan:
1.Mohd faiz Nordin
2.Mohd Adzeman
3.Mohd Azlin Sajadi
4.Hasnizam



IPIU merupakan unit pengesan gas dan tahap suhu kepanasan dalam sebuah pipeline.Ianya merupakan sebuah pengesan yang dicipta khas untuk mengesan pipeline ditempat kerja kami.Sebelum pekerja melakukan pembersihan didalam pipeline.pekerja maintainance perlu memasukipipeline untuk melihat tahap keselamatan. Ini adalah berbahaya kepada pekerja kerana tidak mengetahui tahap keselamatan mereka.


Unit ini memberi penyelesaian terhadap permasalahan mereka.
Segala penat lelah kami berbaloi kerana memenangi tempat ketiga pada pertandingan peringkat jabatan.Kami juga tercalon dalam pertandingan peringkat politeknik Shah Alam.Tetapi kami tewas,kerana saingan yang tercalon hebat-hebat belaka.

Saturday, May 9, 2009

Modifikasi Yamaha Fz150i


Modifikasi Yamaha fz aku iniaku mulakan dengan penambahan fering di lampu depan.fering ini aku beli kat sentul dengan harga rm 520..ada orang kata ini fering motor rd..ahh,,,x kisahlah asal bleh masuk..heheh..bukan aper,klau aku x letak fering ni mcam ada yang x kena..mcm motor x cukup sifat jer..yer lah kita kena tau jugak konsep motor ni adalah naked biked so memangla bogel kesemuanya...

Selepas itu untuk mencukupkan sifatnya(kita pakaikan ia seluar dalam) hehehhh..ataupun engine guard..haaa...barula x Nampak enjin tu...yang ini aku beli dalam harga 130 siap cat..memang kedaitu yang cat..klau korang nak tau...cat yang disembur pada motor ni adalah cat yang berkualiti..pernah sekali tu aku pi kedai cat..nk cat full firing nie..”tauke ini fering kasi cat”...haiya..ini cat manyak bagus Ooo...u tengok ala lapisan minyak..”berapa rega tauke.”..ini haa mau 6rtus..ooo...fuhh..bleh tahan...dalam hati aku...dengan x percayanya aku pi sendiri kdai bancuh cat kat klang...memang diperakui cat ni memangla mahal...so korang jganla gatal2 nak tukar cat..upgrade colour x per,jgan downgrade...heheh..nanti kena gelak..

Bahagian tayar aku ada ubah jugak spesifikasinya..aku tukau yang besar ckit...tayar blakang aku pakai tayar standart tzm (IRC 90/110)..depan plak aku pakai 90/80...gandingan 2 tayar ni memang best...bila pakai tayar besarni stabil bila jlan lurus danconfident ckit nak lap.. lap baik punya..sampai cecah lutut...heheh..

Next projek,maybe aku nak pasangkan rear disc brake..insyallah..klau ada rezeki yang lebih,ongkos yanglebih..aku nak sarungkan disk brake 125Z pulak...yela sekarangni x mcm zaman bujang aku dulu..pandai2la seimbangkan family dan dunia permotoran..hehehh...ingt kita kena adil..manusia dan material...

.

Model Asal....




Full firing Pertama.Tak jadi pasang.Jual balik kat mudah.com.


Memasang Windshield Givi..nampak jer mcmni..bleh tahan jugak harganya.Harga area rm520..



Sampan Vixion dari indonesia..



Inilah hasilnya..Motor nampak mantap dan cukup sifat.



Maybe my future Modification.hahahah...Ada duit lebih i will be order full firing yamaha YZFR15 from india.