Saturday, November 6, 2010

Mutiara kata


Ini merupakan koleksi dan pegangan aku didunia ini.Sedar atau tidak mutiara kata ini banyak membantu aku dalam menjalani hidup yang penuh dugaan dan cabaran.

1.”Letakkan keyakinan yang tinggi.Percaya pada diri.Dia boleh lakukan,aku pun boleh lakukan”.(Ini merupakan kata semangat untuk bangkit semula,kadangkala kita hilang keyakinan akibat fikirkan perkara yang ingin dilakukan terasa amat merumitkan)

2.”Jangan sesekali menghina,memandang rendah atau perlekehkan orang lain.”(Tahukah bila kita menghina seseorang,hinaan itu akan kembali balik)

3.Kalau tidak mencuba,sampai bila pun kita tak tahu sejauh mana kebolehan kita.
4.jadikan ilmu untuk dikongsi,bukan untuk disimpan didalam hati.(Bila ilmu dikongsi sedar atau tidak,ilmu itu akan selalu dekat pada kita)

5.Pastikan Tahun ini lebih baik dari tahun lepas,Bulan ini lebih baik dari bulan lepas,dan lagi baik jika hari ini lebih baik dari semalam.(ini merupakan kayu pengukur untuk kemajuan diri,.tidak terus ditapak lama,mesti ada anjakan paradigm)

6.Solat itu menenangkan hati dan jiwa yang rungsing.( kadangkala hati kita selalu rungsing memikirkan wang,keluarga,kerja,apa sebabnya,cubalah untuk memunaikan solat dengan sempurna dan ikhlas,insyaallah hidup lebih bermakna)

7.Semakin banyak duit yang disedekah@dibelanja utk kebaikan..semakin banyak rezeki akan dating tanpa diduga.

8.Gunalah otak utk berfikir sebelum berkata-kata.

9Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Jika anda lelaki yang hebat..tempuhilah masalah dan dugaan dengan sabar dan selesaikan permasaalah satu persatu..

10.Jadikan amalan doa utk permulaan kerja(Untuk pekerjaan lebih diberkati dan dipermudahkan,sekurang-kurangnya bacaan bismillah)

11.Untuk hidup yang lebih mewah dan Berjaya,Hormatilah ibu bapa..

12.Wang yang kita perilehi bukan milik kita sepenuhnya(ia perlu disedekahkan,keperluan keluarga,dan utk ibu bapa)

13.Jangan tunjukkan kekurangan kita pada orang lain..

14.Jgan jadikan perumpamaan ulat dalam batu boleh hidup(perumpamaan ini saya benci kerana manusia perlulah berusaha untuk menjadi senang.perumpamaan ini adalah untuk manusia yang sihat tetapi pemalas)

15.Rebut peluang yang ada,namun fikir semasaknyauntuk membuat keputusan...(fikirkanlah apa pro &kontranya)

16.Tidak semua manusia didalam dunia ini jujur(Berhati-hatilah denagn manusia lidah bercabang)

17.Hargailah diri sendiri(kita perlu menghargai diri sendiri dengan membeli
pakaian,kasut dan perkakasan lain.kerana badan kita telah bnyak berjasa kepada kita)

18.Jangan membazir.membazir merugikan.

19.Jangan mengambil milik orang..kerana itu bukan hak kita.

20.Jangan sesekali menganiaya orang,kerana dunia seperti roda.

21.Tiada yang lebih berharga selain kesihatan tubuh badan.

22.Berani tempuhi cabaran.tetapi bersedialah dan siapkan diri dengan planningdan berfikir secara kreatif.

23.Orang yang bijak ialah orang yang tahu membahagikan masa degan kerja,keluarga dan agama.

24.Orang yang tidak maju ialah orang yang berfikiran sempit..tidak menyalahkan diri sendiri,malah menuding jari kepada orang lain.

25.Bersikap ikhlas melakukankerja akan memudahkan kerja kita walaupun kerja itu terpaksa.

26.Hargai kawan sebelum ia hilang dimata.

27.Cari wang di masa muda,kerana kita tidak tahu dikemudian hari.

28.Jadikan hidup lebih mudah dengan teknologi..