Thursday, October 30, 2008

HaikaL Zakwan


Kami telah menjalin tali pertunangan pada tahun 2006,Setelah mendapat restu dari kedua pihak orang tua,Kami bernikah pada awal 2007...Wife aku mengandung setelah lebih setahun berkahwin..family planning lah katakan..

Banyak dugaannya semasa wife aku mengandungkan anakku..Bayangkanlah dalam 9 bulan tu..mengidam bermacam ragam..dalam seminggu ada 2 permintaan..Bayangkanlah kalau 9 bulan ada berapa minggu..nasib baik semuanya makanan yang senang dicari..mula2 mengidam mee mamak mydin,rojak mamak,nasi ayam lemon,buah naga,buah pulasan,kuih tepung gomak(mana nak cari,tapi jumpa jugak),Kuih raya seperti semperit,kerepek bawang(blum raya masa tue),Dan paling susah cari kuih batu(kuih deepavali)..atas usaha mencari kuih batu,menemui kebuntuan,wife Uncle balan yang baik hati telah membuatnya sendiri..Tq banyak2 uncle balan..jasamu tetap kukenang..

Gembiranya hati ini bila mengetahui wife aku pregnant pada bulan kedua..Bertambah gembira bila Scan dan mengetahui anak yang bakal dilahirkan adalah baby boy..
My Son..Haikal zakwan telah lahir di Goverment hospital Klang pada 15/8/2008..Penantian serta kesabaran kami Lebih Setahun setengah menunggu Dikurniakan juga baby..Alhamdulilah..

Haikal Zakwan bin HasniZam


Rewang Bersama Orang Kg TokMuda Untuk kenduri Cukur rambut.


Kenduri Cukur Rambut Yang diadakan Pada Oct 2008


Balik ke Kg ayah mentua aku kat Butterworth Penang.


Makan bersama Beso Dan pretty princess dia.

Tuesday, October 28, 2008

My Lovely Bos Retired.


Mr Wong Sai Fong



Beliau telah mula berkhidmat dengan LLN sejak tahun 1977 di Stesen janakuasa Johor bahru.En Wong akan menamatkan khidmat dengan TNB pada Nov 2008 .Hobi beliau ialah komputer dan Perkakasan IT & Selalu updated.Blog nizamsamat juga merupakan hasil pertolongan beliau pada saya.Beliau merupakan Pekerja Yang Cekap mengendalikan kerja-kerja di Electrical Control room,Saya memang Respect Dia melakukan Syncronizing..Perfect..

Mr Anbalagan



En Anbalagan Merupakan Orang lama di Kapar Energy.Beliau Merupakan anak kelahiran Johor.Memulakan kerjaya Di LLN johor dan Berpindah ke Kapar pada tahun 1985 sebagai Control Operator.Sikapnya yang Ramah membuatkan ramai orang senang padanya.En balan juga merupakan pekerja yang aktif bermain bola sepak pada zaman muda2nya.En anbalalagan bersara awal may 2008 kerana Menghidapi kompilasi jantung.


En Abu Bakar Shariff



Beliau merupakan CA pertama yang dimana saya memulakan kerjaya dengannya.Merupakan seorang yang tegas dan bersuara lantang.Bermula bekerja di Sj Connougt bridge klang,berpindah ke P.pinang,berpindah ke paka dan akhirnya berpindah ke Kapar.Telah bersara pada akhir 2005.Banyak mengajar tentang kehidupan.Sekarang beliau menetap di Padang jawa shah Alam.


Saya amat menghormati mereka sebagai seorang Guru yang banyak mengajar.Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan pada kami orang baru di KEV.