Friday, June 12, 2009

My part time job.Perladangan


Waktu-waktu yang membosankan aku isi dengan membuat kerja sambilan.walaupun tidak lumayan tetapi aku gembira kerana dapat mengisi masa lapang aku dengan kerja-kerja yang berfaedah.Pada waktu cuti aku menghabiskan masa dalam bahagian perladangan.

Perladangan yang aku maksudkan ialah kerja berkaitan dengan kelapa sawit.Seawal 7 pagi aku pergi ke ladang membawa rod dan sabit.pada mulanya aku kekok kerana rod yang panjang memerlukan tenaga yang banyak.perlahan2 aku belajar mengait sehinggalah sekarang sudah 6 bulan aku mengusahakan ladang ayah aku ini.Sebelum ini pekerja ayah aku yang membuat keja ini.tetapi dia ada masalah kesihatan,so aku yang teruskan.Seronok sebenarnya bila berada di ladang ini.tidak terasa masa berlalu begitu cepat.

Kesihatan dan selera makan aku pun bertambah.alhamdulilah syukur.aku dikurniakan ladang untuk diusahakan disamping dapat menambah duit poket.

Final projek peringkat jabatan(Politeknik Shah Alam)


Kami terdiri daripada pelajar Separuh masa Diploma Kejuruteraan elektronik.Kami telah membuat projek semester akhir iaitu internal pipe investigation unit(IPIU).Kami adalah daripada Pekerja KEV dan pekerja perbandaran kuala Langat.Kami berempat telah bersetuju untuk memulakan projek ini pada semester 3 lagi.
Ahli kumpulan:
1.Mohd faiz Nordin
2.Mohd Adzeman
3.Mohd Azlin Sajadi
4.Hasnizam



IPIU merupakan unit pengesan gas dan tahap suhu kepanasan dalam sebuah pipeline.Ianya merupakan sebuah pengesan yang dicipta khas untuk mengesan pipeline ditempat kerja kami.Sebelum pekerja melakukan pembersihan didalam pipeline.pekerja maintainance perlu memasukipipeline untuk melihat tahap keselamatan. Ini adalah berbahaya kepada pekerja kerana tidak mengetahui tahap keselamatan mereka.


Unit ini memberi penyelesaian terhadap permasalahan mereka.
Segala penat lelah kami berbaloi kerana memenangi tempat ketiga pada pertandingan peringkat jabatan.Kami juga tercalon dalam pertandingan peringkat politeknik Shah Alam.Tetapi kami tewas,kerana saingan yang tercalon hebat-hebat belaka.