Friday, June 12, 2009

My part time job.Perladangan


Waktu-waktu yang membosankan aku isi dengan membuat kerja sambilan.walaupun tidak lumayan tetapi aku gembira kerana dapat mengisi masa lapang aku dengan kerja-kerja yang berfaedah.Pada waktu cuti aku menghabiskan masa dalam bahagian perladangan.

Perladangan yang aku maksudkan ialah kerja berkaitan dengan kelapa sawit.Seawal 7 pagi aku pergi ke ladang membawa rod dan sabit.pada mulanya aku kekok kerana rod yang panjang memerlukan tenaga yang banyak.perlahan2 aku belajar mengait sehinggalah sekarang sudah 6 bulan aku mengusahakan ladang ayah aku ini.Sebelum ini pekerja ayah aku yang membuat keja ini.tetapi dia ada masalah kesihatan,so aku yang teruskan.Seronok sebenarnya bila berada di ladang ini.tidak terasa masa berlalu begitu cepat.

Kesihatan dan selera makan aku pun bertambah.alhamdulilah syukur.aku dikurniakan ladang untuk diusahakan disamping dapat menambah duit poket.

0 comments: