Thursday, September 30, 2010

Bestnyer memancing...


Hari yang sibuk setiap hari.jadual yang padat setiap saat tidak menjadikan alasan untuk aku meluangkan sedikit masa untuk memenuhi hobi aku untuk memancing..

Terasa indah dan tenangnya bila dapat meluangkan masa memancing..Lupalah seketika tentang bil api,telefon,kerja,berniaga,family dan lain-lain lagi..Niat untuk memancing adalah bukan untuk mendapatkan ikan semata.cukuplah kiranya aku menenangkan jiwa dan fikiran setelah penat bekerja.waaaaa......Seronoknya memancing...

.

Tersilap membeli..


Pada waktu ini mempunyai hp adalah satu kemestian.Bukan lagi kemahuan tetapi adalah satu keperluan.Wajib..heheh..Sebelum ini aku menggunakan Nokia E71..Aku sayang sangat hp tu..macam2 aku simpan..ia dah macam personal assistant aku..jika tidak disebabkan rosak,tak nak aku trade in di kedai..mana boleh tahan derr,satu hari 4 kali cas..tukar bateri pun still kong jugak..stress sangat2..


Setelah servey di mudah.com dan Gsm arena..aku tertarik dengan nokia X6 16 gig..Terikut2 peredaran zaman sekarang.menggunakan touch screen..wah,best tekan2 kat screen..bestnyer...hahaha..dengan segera aku mendapatkan nokia X6 beharga rm970..Balik rumah aku full test nokia x6..Aduihh...susahnya nak taip message..xda display note to do kat display..Note to do adalah penting..ini kerana aku sangat sibuk dengan xtvt selepas kerja..Hp ni sbnarnya tak sesuai dengan diri aku..hp ni sesuai untuk yang sukakan music dan bergaya dengan touch screen..


Mulalah aku terfikir nak jual hp ni..ahh jual je la..2 hari juga aku mencari buyer..akhirnya X6 ku jual juga..Sebelum menjual Hp X6 ini aku membuat servey dengan teliti..hp apa yang betul2 baik menjadi P.A aku...Ya..ini dia..NOKIA E72...mesti korang tanyakan..kenapa nokia jugak..heheheh..entahlah..aku memang suka nokia ..friendly User..

Nokia E72..memang best..siap ada Optical Navi(scroll key)macam blackberry..Kalau nak tengok spect nokia E72 ikut link ini..www.gsmarena.com/nokia E72...

Dragon fruit.


Orang tua pernah berpesan..berbaktilah selalu pada tanah ,kerana tanah itu akan berbakti pula pada kamu satu hari nanti..

Aku tak berharap dan mengharapkan sesuatu..Cuma bila aku membuat sesuatu kerja aku akan berusaha untuk mencapai objektif..

Proses penanaman ini ialah dengan membeli tunas pokok naga..Rm 3 sebatang di sebuah ladang penanaman pokok naga di jalan klang-kuala Selangor.

Aku gembira melihat tunas pokok naga tumbuh mekar sekali..Setelah setahun setengah aku menjaga pokok itu,dahan yang semuanya hijau tiba2 mengeluarkan bunga putih yang amat cantik sekali..memang cantik..

Sayang bunga yang putih gebu ini tidak tahan lama..hanya sehari mekar..esoknya sudah layu dan daunnya gugur..Tetapi kesedihan ini diubati oleh putik disebalik bunga yang gugur..wah..ini nak berbuah ini..hati ku berdetik..Putik yang kecil itu membesar menjadi buah naga..

Kalau tak silap kiraan aku buah naga ini matang pada usia 2minggu..perlahan-lahan buah yang hijau menjadi merah..tegantunglah buah naga yang ranum dimakan yang boleh dipetik bila2 sahaja..

Aku telah membuktikan bahawa berbakti pada berbakti pada tanah mendatangkan faedah..Terasa puas bila melihat pokok yang ditanam mendatangkan hasil.