Aku tak berharap dan mengharapkan sesuatu..Cuma bila aku membuat sesuatu kerja aku akan berusaha untuk mencapai objektif..
Proses penanaman ini ialah dengan membeli tunas pokok naga..Rm 3 sebatang di sebuah ladang penanaman pokok naga di jalan klang-kuala Selangor.
Aku gembira melihat tunas pokok naga tumbuh mekar sekali..Setelah setahun setengah aku menjaga pokok itu,dahan yang semuanya hijau tiba2 mengeluarkan bunga putih yang amat cantik sekali..memang cantik..
Sayang bunga yang putih gebu ini tidak tahan lama..hanya sehari mekar..esoknya sudah layu dan daunnya gugur..Tetapi kesedihan ini diubati oleh putik disebalik bunga yang gugur..wah..ini nak berbuah ini..hati ku berdetik..Putik yang kecil itu membesar menjadi buah naga..
Kalau tak silap kiraan aku buah naga ini matang pada usia 2minggu..perlahan-lahan buah yang hijau menjadi merah..tegantunglah buah naga yang ranum dimakan yang boleh dipetik bila2 sahaja..
Aku telah membuktikan bahawa berbakti pada berbakti pada tanah mendatangkan faedah..Terasa puas bila melihat pokok yang ditanam mendatangkan hasil.
0 comments:
Post a Comment