Saturday, December 11, 2010

MAHA 2010


Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.

MAHA International & HPPNK 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia.

MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Untuk tidak melepaskan peluang ini kami sekeluarga meluangkan masa bersama untuk melihat sendiri ekspo tersebut.Ternyata pameran ini memang berbaloi kerana banyak membuka minda kami tentang pertanian.

Bas yang disediakan untuk bergerak dari terminal A ke terminal B.

Mesti try pengangkutan trektor ini..best..

Diantara pokok herba yang ada dijual.

Sudah lama aku mencari pokok herba ni...heheh..dapat...juga akhirnya..beli 2 pokok..1 untuk wife dan satu untuk mak mertua..

pokok orkid menjadi tumpuan para penggemar orkid..

Masa untuk pulang...Kami seronok dan berbaloi dengan lawatan ekspo ini...


0 comments: