Monday, July 13, 2009

My holiday at Perak.


Dikesempatan cuti selama 5 hari ini aku tinggalkan pekan ini dan aku isi dengan percutian yang kami anggap indah...Walaupun hanya 2 hari 3 malam,tapi kami puas dengan keindahan alam semulajadi..
Kami bertolak ke Negeri perak pada pukul 10 pagi..Tidak terasa jauh perjalanan kerana seronok dengan permandangan.Jalan Dari Klang ke Perak pun sudah lebar..tiada lubang yang mengganggu kelancaran perjalanan kami.Terima kasih kepada kerajaan negeri selangor kerana pelebaran jalan amat memudahkan kami sebagai pengguna Jalanraya.
Kami mengambil keputusan kami untuk tidur semalam 2 dirumah kakak kami yang terletak di ulu dedap perak.Kami sampai lebih kurang dalam pukul 3ptg.Setibanya kami sampai,kami disambut meriah oleh keluarga mereka.
Pada sebelah malamnya pula kami pergi bersama2 ke jetty pulau pangkor.Memang sedikit terkejut kerana jetty ini telah banyak pengubahsuian dari segi insfrastrukturnya.Malam itu sungguh meriah dengan uptownnya yang menjual pelbagai barang termasuklah barang perhiasan dan juga barangan lain.
Keesokannya pula kami pergi ke teluk batik.memang indah suasanya.tapi pelik tak ramai orang seperti ditempat peranginan lain.Setelah puas posing bergambar dan mebeli belah,kami pergi kembali ke jetty pulau pangkor.Kami geram dengan longgokan ikan dan sotong kering.
Kami membeli ikan dan sotong kering adalah sebagai ole-ole kami diperak sepuas-puasnya.
Pada petang itu juga,kami bertolak ke batu gajah untuk membeli durian.Perghhh...best ooo...
Sememangnya percutian kali ini kami puas.



Jetty pulau pangkor


Menara Condong


Teluk Batik

1 comments:

WongSF on July 26, 2009 at 5:44 PM said...

3 nights and two days or 3 days and two nights?