Monday, November 23, 2009

Cara tender no plet kenderaan


No plet kenderaan merupakan nombor yang penting bagi setiap kenderaan.Ada sesetengah individu mementingkan nombor kenderaan untuk menjadikan kenderaan itu unik.Mungkin ramai yang beranggapan ia tidak penting.Tapi kebanyakan kaum cina dimalaysia memilih nombor bertuah sebagai pilihannya.Setiap nombor mempunyai maksudnya tersendiri.

1 -

2 - - senang

3 - - hidup

4 - - kematian (). Akan tetapi, 4 dianggap bertuah di kawasan tertentu di China di mana sebutannya seiras dengan .

5 - - diri, saya,

6 - - senang dan lancar, gaji dan upah

7 - - bersama-sama

8 - - durian runtuh

9 - - masa yang lama

Tertarik dengan maksud nombor ini, saya telah memasukkan tender untuk motorsikal baru saya.Untuk berkongsi pengalaman saya,inilah cara2 untuk tender no plet pilihan hati.

1.Pergi ke JPJ berdekatan dengan anda,di kaunter tender no plet,minta borang tender no plet.Anda juga perlu tahu tarikh tender dibuka dan ditutup.

2.Pada masa yang sama,anda perlu membeli 2 keping sampul surat beserta setem dikaunter tersebut.Sampul surat yang pertama adalah untuk dihantar kerumah anda untuk memberitahu keputusan tender.Sampul surat yang kedua(besar Sedikit) adalah untuk memasukkan borang,wang pos,slip pembayaran seta sampul surat pemberitahuan.

3.Isi borang berkenaan dan anda perlu membayar minimum Rm200 atau 30% daripada nilai bidaan anda menggunakan money order.

4.Sebelum anda meletakkan harga bidaan anda perlu tahu harga bidaan sebelum ini sebelum anda kecewa.Contohnya no bidaan BKQ 83.Anda perlu melihat harga bidaan BKP 83.Jika anda melihat dipapan tender,Harga yang paling mahal ialah single digit,Cnthnya BKP 1 berharga Rm26ribu,BKP 8 berharga Rm23ribu.manakala no yang ditakuti 4.RM10ribu..

5.Apabila semua telah disiapkan,Anda perlu pergi kekaunter tender untuk submit tender anda.Kerani kaunter akan memberi anda slip pembayaran.

6.Slip pembayaran mempunyai 2 bahagian.Simpan bahagian pembida(anda).dan kepilkan sekali sebahagian slip pembayaran bersama2 borang dan money order tersebut.

7.Masukkan dalam peti tender.

Selalunya keputusan akan keluar 2minggu selepas tarikh tender ditutup.Ini bergantung pada kawasan penempatan anda.jika Di selangor keputusan 2-3minggu-sebulan,jika di KL keputusan adalah lagi pantas kerana banyak kenderaan didaftarkan setiap hari.

Pengalaman saya,Sebelum membayar tender,harga plet BKP 83 adalah Rm799.Saya telah Membida plet BKQ 83.Pada harga rm1100.Namun seorang wanita berbangsa melayu telah membida lebih tinggi iaitu rm1500.Untuk menghilangkan rasa dukacita saya.saya telah memilih plet kenderaan BK*5252 dengan harga Rm200 melalui pemilihan no plet tanpa tender.

Jika tender anda kalah.wang deposit akan dipulangkan melalui pos sebulan selepas keputusan dan mesyuarat tender selesai.Jika anda menang no yang anda tender anda perlu membayar baki berkenaan dan anda perlu mendaftarkan kenderaan tersebut dalam masa 2 bulan.


0 comments: