Thursday, February 11, 2010

Pemilihan Rim untuk Yamaha 135Lc.


Yamaha 135Lc merupakan sebuah jentera yang hebat pada ketika ini didalam kelasnya.Walaupun ianya hanya mempunyai kapasiti enjin yang kecil tetapi ia mampu bersaing pada jentera lain yang berkapasiti 150cc.Yamaha Lc merupakan motorsikal pilihan pada masa kini.Dengan rekabentuk yang dinamik,enjin bersasaran 135cc,penjimatan minyak yang bagus menjadikan ia
pilihan pengguna rakyat di malaysia.

Bercerita tentang rim,pemilihan rim adalah penting untuk mempastikan kelajuan dan ketahanan enjin pada tahap ideal.Yamaha 135lc ini,ia didatangkan dengan saiz 17inch 1.85 dibahagian belakang dan 1.6 dibahagian hadapan.Rim ini dibaluti dengan tayar jenis vee rubber bersaiz 80/90 belakang dan 70/80 pada bahagian hadapan.Rim ini pula dikemaskan lagi dengan warna
keemasan(versi super sport).Untuk versi Extreme spirit ia masih mengekalkan
warna hitam sebagai warna pilihan.



Pemadanan rim ini sebenarnya adalah sesuai dengan strike dan warna coverset
motorsikal.Namun untuk membuat sedikit perubahan dari keadaan asal
kilang,saya telah memadankan rim 125z dari versi enkei sebagai pili
han hati.
Untuk pengetahuan rim 125z ini ada beberapa
versi.Antaranya ialah;

1:Rim Enkei 6 spoke.
2:Rim Ytech 6spoke.
3:Rim Enkei 3 spoke.



Rim enkei 6spoke dengan Ytech 6 spoke adalah seaakan2 sama.Perbezaan dapat
dilihat jika diperhatikan Enkei mempunyai lubang ditengah2 rim.
Rim ini didatangkan dengan brek cakera depan dan belakang.
Untuk menjadikan ianya lebih mantap,Saya telah membeli Set rear brake disc di
kedai berhampiran.Antara barang yang perlu dibeli ialah Masterpump,pump,pad
brake,tangki minyak,hos dan piring disc.Untuk Memasang r
ear disk brake ini ia
memerlukan sedikit pengubahsuaian dan sedikit kreativiti.Memasa
ng rear disc
brake memakan masa lebih 3 jam kerana pengubahsui
an ini memerlukan ketepatan
memasang bracket dan sedikit pematerian atau welding .Saya sarankan kepada
sesiapa yang berminat agar memasang sahaja dikedai.caj yang dikenakan ialah
rm80..


Untuk makluman pemasangan rim pada bahagian depan tanpa masalah dengan
speedometer,batang shaft,dan bearing.Bahagian belakang pula ia memerlukan
sedikit pengubahsuaian dengan menukar bush yamaha lc dengan bush 125z.Bush
ini perlu di grind sedikit agar ianya tidak terlalu panjang.Batang shaft,hub
spocket masih lagi menggunakan barang yamaha lc.


Harga pasaran pada waktu ini ialah enkei 6 spoke rm500-700.Enkei 3 spoke pula sekitar
rm1000-rm1300.6spoke ytech pula rm200-rm400.Ini semua bergantung pada kondisi
rim.Permintaan yang tinggi telah menyebabkan harga melambung naik.Rim yang
rare setakat ini adalah Enkei 3spoke.Bagi saya ia
nya pemilihan rim kali ini amat bertepatan dengan berat kenderaan dan tiada masalah dengan jentera untuk membawa rim ini.
Akhir sekali saya amat berpuashati dengan pemadanan rim ini..Jika ada apa2 masalah atau komen untuk dikongsi,sila usulkan pada komen dibawah ini atau shout @ shoutbox.

5 comments:

Blalang Hijau on April 29, 2010 at 5:56 PM said...

salam bro.. posting yg bagus.. ak psg jgk disk 125z ngn rim enkei 6 spokes kt lc ak. tp rs cam x puas ati skit. ak psg tu xde la welding2 mcm bro wt. so x letak pon skru kt swingarm tu. pkai sarung j caliper belakang. hub spoket ak pkai yg lc, bush sebelah kanan rim ak pkai yg 125z. problemnya, ms ak tu double stand moto, ak pusing tayar belakang tu nampak mcm caliper x center sbb ms pusing, caliper tu gerak kiri kanan. padahal ak br j tukar piring disk tu. kalu bleh bro tlg la ak. kontek ak via emel. ni emel ak: soulchild101@gmail.com... tq.

adzmirjais on October 19, 2010 at 8:50 PM said...

salam bro... nak tnya sket la.. klu tayar depan 135lc tue masuk 90/90-17 muat x??

Dunia Jersey on April 26, 2011 at 12:30 PM said...

salam bro... saya slah seorg yg pkai lc msuk rim125zr jgk.. sy buat sme mcm bro buat tp sy kurng puas ati skit kt bhagian yg sy welding nk ikat pam 2... jd x kemas la... blh x bro tnjukkn gbr lebh dkt ttg kwsn pam bro?? hehe... just nk tgk... cantik bro buat... kemas.... sy pnya kwsn pam je x puas ati.. tp dh welding pasang braket kt stu.. rasenya sme mcm bro buat... tq...

Anonymous said...

na minta tunjuk ajar sikit...sy pun na pasang macam ni gak...rim 125z da ade siap gan brek disk 125z standard gak...tp ade kwan sy ckp kn tukar swing arm..tol ke bro?? lau ley tnjuk ajr...terima kasih bayk2

mamu krm on October 27, 2013 at 1:31 AM said...

Bro..nak tanya sikit..saya guna LC V2..tanpa disc rear disc brek..jd nak masukkan rear disc brek..saya dah ada Rim belakang LC 5speed V2..ada yg kata saya perlu tukar swing arm,batang shaft,hub spoket..bush..break pamp,caliper set semua dah ada..tp ada yg ckp swing arm takperlu tukar..sbb rear disc break saya yg jenis tak perlu modified skru utk ikat disc..mcm racing boy punye..tp bentuk n warna mcm ori..minta pendpt n tunjuk ajar sikit bro..btg shaft 5speed n 4speed tak sama ke?