Friday, May 7, 2010

Berakhirnya Dunhill EDISI 14


Baru-baru ini kerajaan menetapkan rokok isian 14batang di hentikan stok.Bukan untuk sementara bahkan untuk selama2nya..Jika diikutkan sejarah(awal tahun 2000),Rokok mempunyai isian 7,14 dan 20..Pada tahun 2003,rokok isian 7 batang telah dihentikan stok dan diganti dengan edisi 10batang.Rokok isian 10batang tidak lama berada di pasaran dan dihentikan stok packagingnya..Walau bagaimanapun Dunhil tetap unggul memasarkan produknya berisian 14 dan 20 batang.


Di atas Perbincangan dan keperihatinan kerajaan malaysia mengekang gejala merokok bermula diperingkat sekolah,kerajaan telah menghentikan stok dunhil 14 bermula May 2010.Ini adalah untuk kebaikan masyarakat malaysia yang menjadikan rokok sebahagian hidup mereka..Jika sebelum ini kerajaan telah mengarahkan pihak pengusaha rokok untuk meletakkan gambar bahaya merokok yang dipaparkan di atas kotak rokok.Cara ini sedikit sebanyak menyedarkan pengguna betapa bahayanya rokok pada kesihatan.Namun cara ini masih dianggap kurang berkesan.
Harga rokok Dunhil 14 ialah Rm6.90,dunhil 20 pula ialah Rm9.20.Selepas ini pengguna hanya mempunyai 1 pilihan iaitu dengan mengeluarkan wang dari saku sebanyak Rm9.20.Tujuan ini adalah untuk membebankan pembeli rokok membayar sejumlah wang yang besar pada setiap hari.
Saya sebagai pembeli rokok sejak tahun 2000 juga terasa bebannya.Marilah kita sahut seruan kerajaan untuk berhenti merokok.Walaupun dikatakan mampu,lebih baik kita laburkan wang kita ini kepada makanan asas yang lain.


*-Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pek 14 batang akan dehentikan jualannya dari 1hb jun 2010.Sehubungan dengan itu pek DUNHILL 14 juga akan mematuhi arahan ini,Walaubagaimanapun DUNHILL 20 masih dijual di pasaran.-*

1 comments:

Anonymous said...

dulu aku ade seorg kawan yg menghisap rokok pada kadar yg menakutkan...apetah lg jika dtg sekolah pada waktu hujan...hanya kata2 nasihat dapat diberikan pada yg empunya diri...jika kini tuan yg empunya diri sudah berubah dan berfikir bahawa merokok itu membahayakan dan satu pembaziran...alhamdullillah...allahmemakbulkan doaku...jika tidak aku tetap akan berdoa agar allah membuka pintu hati setiap perokok tegar agar berhenti merokok sbb aku tidak gemar berkawan dgn perokok,tidak mahu suami yg merokok,harap2 kaum keluargaku juga tidak merokok kerana aku sendiri telah menyaksikan dengan mataku sendiri muka seorg perokok tegar berlubang akibat kanser di DAYCARE 6D PPUM wad rawatan harian utk pesakit kanser seperti aku...berubahla wahai sekalian manusia utk kebaikan kita dan insan yg kita sayang..... a lot of love from person who care about everybody...wassalam..