Saturday, May 15, 2010

Indahnya tidur ditemani aircond.


Sejak tahun lepas memiliki rumah baru,blum dapat rasanya tidur selena ini...Sebelum ini aku selalu terjaga pada waktu malam.Pada sekian paginya pula aku terasa sangat tertekan,tiada mood,dan terasa letih yang amat sangat.
Aku terfikir kenapa rumah baru ini terlalu panas,kipas dah ON..full pulak tue..tapi still panas..fuhh..Berpeluh2..rumah aku kt kg taklah panas mcmni.
Jadi aku telah buat perbandingan rumah Kg aku dengan rumah baru ini..Aku perhati betul2,rumah aku ni tiada lubang angin...jika pasang kipas,pintu dan tingkap tertutup,udara berpusing2 ditempat yang sama..memang tiada aliran angin keluar masuk..Patutlah panas...
Rupanya Pattern rumah sekarang memang mcmni,Mana2 pun perumahan baru,tak kisahla teres ker,apartment,kondo,semua tiada lubang saliran udara.Untuk mengatasi masalah ini,aku telah membeli 1 unit aircond.1 hp cukuplahh..Bagi permulaan,aku telah menempatkan aircond baru dibilik utama.
Sudah menjadi kewajipan,Sebelum membeli sesuatu barang,aku perlu meneliti dari segi kualiti,harga dan paling penting ia berbaloi dengan wang yang dilaburkan.Sebelum membeli aircond,aku telah membuat perbandingan diantara jenama YORK,FUJIAIRE,ACSON,PANASONIC,dan MITSUBISHI.
Aku memerlukan aircond yang tahan lama,kos maintainance yang rendah dan paling penting jimat tenaga elektrik.MITSUBISHI dan PANASONIC disenarai pendek dalam list.Ini kerana kedua2nya mempunyai sistem penjimatan tenaga yang baik.Cuma teknologinya sahaja berbeza.Panasonic Inverter mempunyai Amps yang tinggi untuk starting(5.3amps)dan berkala pada 3.3amps.Manakala Mitsubishi berkala pada 3.4amps setiap masa.
Keputusannya aku memilih mitsubishi.Ia berharga rm1380 siap pasang.Harga Panasonic inverter pula ialah rm1450 siap pasang.
Aku menyifatkan bahawa aircond adalah menjadi kewajipan setiap unit rumah yang tiada saluran angin...hehehh..

0 comments: