Thursday, May 19, 2011

Pekerja berjawatan awam sekarang..


Kadang2 aku terfikir mengapa masyarakat berjawatan kerajaan sekarang suka membuat pinjaman..Ia bukan khusus untuk semua,tetapi segelintir pekerja.Pinjaman yang berbentuk wang memang mudah diperolehi tetapi memakan diri suatu hari nanti..Mengapa tidaknya,pinjaman yang telah diluluskan sepatutnya digunakan sebaik2nya untuk kebaikan.ini tidak,wang yang diluluskan digunakan untuk MLM,skim cepat kaya dan untuk pelaburan kekayaan sekelip mata.
Sememangnya indah mendapat wang yang beribu dengan sekelip mata.Tetapi ingat,keindahan ringgit bukan selama2nya..ia akan habis dengan sekelip mata..
Saya tidak menyalahkan sesetengah peminjam yang menggunakan wang untuk perkahwinan,menyelesaikan hutang yang terdesak dan membina rumah untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Golongan ini akan merasa keperitannya,apabila kadar bayaran bulanan tidak mampu lagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.Pernah saya terjumpa pekerja kerajaan bergaji lumayan,tetapi nett payment ialah rm200 .bagaimana nak survive.Nanti berbunyilah gaji tidak cukup,gaji kecil,salahkan kerajaan, kerja banyak gaji sedikit.Bila sudah hutang meninggi,kerja malas nak buat,menuding jari kepada orang atasan.so fikir2kanlah..
Perlu dingat,sebagai contoh.anda meminjam rm20k,bukannya anda membayar balik 2ok,tetapi anda perlu membayar hampir 30K..Tidak perlulah bergaya,berkereta besar tetapi menyusahkan diri dan keluarga kelak.
Kesimpulannya ,gunalah wang sebaiknya.jika perlu,analisa kembali kewangan anda.Betulkah anda mampu membayarnya..dan perlukah meminjam..wassalam.
.

Saturday, May 14, 2011

alza 2011..


Syukur..31 may 2011 ini genaplah usia alza aku ini di jalanraya..Nak kek harijadi?No...aku akan belikan lebih baik daripada itu iaitu roadtax dan insurans...heheh..untuk kebaikan bersama..terimakasih berkhidmat utk aku..tidak banyak modifikasi aku lakukan kali ini terhadap alza berbanding kenari dulu..cukuplah dengan kenari wang aku laburkan..kali ini modifikasi alza dengan perkara yg simple2 shj seperti smoke headlamp,bodykit dan rim shj..wang yang lain aku gunakan untuk bercuti bersama keluarga..lagi bermakna..

TRIP TO MALACCA



TRIP TO ZOO NEGARA



TRP TO CAMERON HIGHLANDS

MENGHANTAR PENGANTIN SEREMBAN


DI KG TOK MUDA KAPAR

PAMERAN KERETA KLIMS
TRIP MEMANCING
Thanks alza>> kalau kau xda,x sampai aku ketempat2 tersebut...esok aku renew dan roadtax ekau yaa....



Monday, May 9, 2011

Nak pilih mana satu ni ar..


Haiiii...zaman sekarang..penuh dengan keperluan yang tak boleh di pertikaikan lagi...INTERNET...dulu pakai streamix...disebabkan jarang pakai,sebulan 3x jer online.ku potong stremix tersebut..tu dulu la...3 tahun lepas..namun sekarang..terasa jugak payahnya xda internetni.
Yela dengan phenomena laman sosial FB la,twitter la,perbankin la,lagi sekarang aku buat partime advertisement,aku rasa sudah sampai masanya untuk memilih kembali internet sbg kawan setia.
Sekarangnni dah banyk broadband dijual dipasaran mcm celcom,maxis,yess,p1,masalahnya aku tak tahu mana satu yang ok..yela takut salah beli,internet 'laju' macam sipot, menyesal bayar bulan2..heheh..