Wednesday, June 22, 2011

Khusyuk dalam solat


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku seperti insan lain mengakui sememangnya susah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat..aku menunaikan solat tetapi selalu memikirkan hal duniawi.sudah 10 tahun aku masih belum dapat betul2 khusyuk dalam solat..sehinggakan baru2 ini dalam solat aku diganggu dengan terbayang kehilangan orang tersayang dan kehilangan harta benda...kadang2 baru nak membaca al-fatihah bayangan itu muncul.
Sampai satu ketika ,aku berdoa...Ya allah berikanlah aku ke khusyukan dalam solat ku ini..ampunilah dosa hambamu ini..mungkin doa aku telah dikabulkan oleh Allah..Aku telah mendapat kekhusyukan dalam solat..aku tidak teringat langsung hal duniawi,bayangan maut atau musibah..alhamdulilah..

Tips untuk dikongsikan untuk para muslimin dan muslimat..
1.Buat seperti yang aku lakukan..berdoalah kepada Allah (dengan betul2 yakin) agar mendapat kekhusyukan dalam solat.
2.Pastikan menjaga makan dan minum.Jauhkan yang dilarang.
3.Mengambil wuduk yang sempurna.kerana wuduk adalah syarat wajib untuk solat.
4.Mulakan sebelum solat dengan membaca surah An'nas..seperti imam membaca dimana2 masjid.Surah ini melindungi kita daripada diganggu oleh syaitan yang direjam.
5.Semasa mengangkat tangan untuk takbiratul ihram..KETEPIKAN isteri,anak,keluarga,wang hal dunia..Sekarangni ialah WAKTU aku dengan ALLAH..Bayangkan seperti didepanku Satu jalan lurus,anak,isteri,hal dunia kita diletak ditepi,didepanku ialah ALLAH..
6.Berikan yang terbaik seperti satu Tugasan yang perlu kita buat dengan betul2 baik.

Mungkin untuk mendapatkan khusuk dalam solat berbeza antara satu sama lain..jika anda ada tips untuk dikongsi bersama..tulislah diruangan comment atau shoutbox..Semoga kita ditempatkan diantara orang2 yang beriman dan bertakwa..AMINN..

Monday, June 13, 2011

Sen,Ringgit,ratus,ribu


Mungkin ramai yang memandang sebelah mata dengan nilai sen..alah 10sen..kecilnya duit ni..x berguna pun dalam hidup aku..Tapi korang sedar tak nilai 10sen zaman awal 90an dulu..klau di sekolah dapat kuih donut,karipap ataupun secawan air ..mungkin zaman mellenium ni 10 sen tak bernilai apa2.klau dapat pun gula-gula 2 biji..ape da hal..kali ini aku bukan nak membicarakan tentang nilai nilai 10 sen..Tapi aku nak membicarakan nilai sen menjadi ratusan ringgit.

Ok..mungkin ada yang masih belum memahami kepentingan sen dalam hdup kita..ye lah..gaji atau pendapatan sekarang pun dalam beribu atau berpuluh ribu.mana letaknya sen dalam minded kita..tapi mana nak datangnya,puluh,ratus,ribu,puluh ribu jika bukan dari sen..Disini aku nak mengajak para pembaca untuk menyayangi sen dalam hidup kita..kasihan duit sen tu,bersepah sana sini..klau jatuh pun,buat2 tak Nampak je..yela gaji puluh ribu..Tapi sedar atau tidak dari sekecil2nya gaji atau sebesar2nya gaji..jika tiada niat menyimpan,duit itu akan habis juga..

Bagaimana nak menyimpan..Ok.. Beli satuTabung besar untuk diletakkan rumah,Subkan tabung,pada 2 yang lain dalam bentuk kecil untuk diletakkan di kereta,dan office. Pastikan Dalam wallet atau dompet berisi dengan wang kertas shj..ingat jangan isi syiling dalam dompet..ia juga dapat menyelamatkan jangka hayat dompet,ic dan kad ATM anda.Contoh anda pergi ke pasaraya,Harga sesuatu barang bernilai rm9.40..baki 60sen tersebut terus masuk dalam saku, sesampainya di kereta,isi sen dalam tabung..amalkan sikap begitu dengan menggunakan duit kertas setiap hari dan menyimpan sen dalam saku.Bila cukup seminggu.Keluarkannya dan simpan dalam tabung besar.Wah,perhatikan,tabung anda semakin penuh dari minggu ke minggu.bulan ke bulan .seronok bukan..

Jadikan rutin dan disiplinkan diri dalam menyayangi duit sen.Nilai sen yang anda pandang sebelah mata tadi akan berubah kepada nilai ringgit,puluh ringgit dan ratusan ringgit.mungkin ribuan ringgit..Mungkin duit tabungan ini bakal membantu anda disaat anda betul2 memerlukan..thanks...

Friday, June 10, 2011

Cara dan tips menyimpan wang


Asas menguruskan wang ialah menyimpan sedikit wang untuk kegunaan di satu masa yang memerlukan.Ingat semasa kecil dahulu...Ingin membeli satu mainan.Minta berkali2 tak diendahkan..Sampaikan bertekad,menyimpan sedikit wang saku utk membelinya juga..bukannya mahal.dalamrm20 shj..dulukan siapa yang ada kereta remote control adalah paling terhensem sekali..hahaha..belanja Sekolah kebangsaan 30sen.,sekolah agama 30sen..kalau dulu sebelum menyimpan, habis duit tersebut..namun bila hati dah bertekad..ini dia..Sebelum pi sekolah buat air sirap dari rumah..letak dalam botol besar..klau sarapan bawa lebih ckit masuk plastik..klau lapar lagI guna 10sen utk beli karipap..cukuplah..kenyang jugak sbb bawa bekal..dulu menabung 40senx5hari sekolahx2bln=rm16...4ringgit+hasil usaha tolong maka abah di ladang...rm20..dapatlah yang aku idamkan..hebat pada zaman tue..aku ada kereta control..

Sampai Sekarang aku masih menabung untuk mencapai satu matlamat..cuma sekarang jumlahnya mestilah berbeza..xkan nak simpan 40sen satu hari kan..ini adalah pengalaman aku utk tatapan bersama..

1-Paling penting ada tabung..Yaa,tabung..beli yang lutsinar..boleh nampak duit bertambah setiap hari..seronok tgk tabung kosong awal bulan,penuh hujung bulan.
2- Awal bulan ialah permulaan duit tabung..31hb ialah tarikh penutupan kewangan tabung..bulan ini sepatutnya lebih baik dari bulan lepas..ini adalah untuk anjakan paradigma.


3-Simpan 10%dari pendapatan.ini perlu dilakukan diawal bulan..bukan diakhir bulan..jadikan ini adalah perkara wajib dilakukan.
4.Rancang perbelanjaan..selepas dapat gaji..tolak siap2..duit kereta,c/card,ptptn,tabung etc..then tengok balance..Cth baki tinggal rm1200..bahagi utk life pada 4bahagian..maksudnya,3rts utk setiap minggu..begitulah seterusnya selama sebulan..mesti ada lebih dihujung bulan nanti..
5-Buat part time job atau free lance..cari lah..ia xakan datang sendiri..aku mempunyai 4kerja freelancer..berniaga,advertisement,wiring,jaga ladang..semua ini kena pandai bahagi masa..antara kerja tetap dengan kerja sambilan..Lumayan beb..
6.hati mesti cekal,guna akal fikiran dan sentiasa menjaga kesihatan.
7-Kurangkan berjalan di shopping complex..igat ya,bukan tak boleh cuma kurangkan..masa waktu terluang isi dengan benda yang berfaedah utk mendatangkan wang..
8-Targetting..cthnya..target-> minggu ni rm125,target ->bulan ini ialah rm500..targetting tahun ini 6k..
9-Bila hari kehari nampak tabung bertambah nilai,kita akan terus menyimpan dan menyimpan..hujung bulan,keluarkan duit tabung dan masukkan dalam ASB..buat setiap bulan..Ynag penting ada buku..kita akan rasa happy wang bertambah dari tarikh bulan ini dan seterusnya..


Sedar atau tidak aku telah mengamalkannya dari tahun 2007 sehingga 2011..semalam penuh buku ASB..ya,..sikit2 lama2 jadi bukit..pastikan kita menghargai diri sendiri..kerana badan telah berjasa utk kehendak kita..hargailah dengan pakaian.makanan yang istimewa,merehatkan minda bersama orang tersayang.alhamdulilah hidup lebih bahagia dengan pengurusan wang yang betul dengan basic konsep sekolah rendah..Peace..