Wednesday, June 22, 2011

Khusyuk dalam solat


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku seperti insan lain mengakui sememangnya susah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat..aku menunaikan solat tetapi selalu memikirkan hal duniawi.sudah 10 tahun aku masih belum dapat betul2 khusyuk dalam solat..sehinggakan baru2 ini dalam solat aku diganggu dengan terbayang kehilangan orang tersayang dan kehilangan harta benda...kadang2 baru nak membaca al-fatihah bayangan itu muncul.
Sampai satu ketika ,aku berdoa...Ya allah berikanlah aku ke khusyukan dalam solat ku ini..ampunilah dosa hambamu ini..mungkin doa aku telah dikabulkan oleh Allah..Aku telah mendapat kekhusyukan dalam solat..aku tidak teringat langsung hal duniawi,bayangan maut atau musibah..alhamdulilah..

Tips untuk dikongsikan untuk para muslimin dan muslimat..
1.Buat seperti yang aku lakukan..berdoalah kepada Allah (dengan betul2 yakin) agar mendapat kekhusyukan dalam solat.
2.Pastikan menjaga makan dan minum.Jauhkan yang dilarang.
3.Mengambil wuduk yang sempurna.kerana wuduk adalah syarat wajib untuk solat.
4.Mulakan sebelum solat dengan membaca surah An'nas..seperti imam membaca dimana2 masjid.Surah ini melindungi kita daripada diganggu oleh syaitan yang direjam.
5.Semasa mengangkat tangan untuk takbiratul ihram..KETEPIKAN isteri,anak,keluarga,wang hal dunia..Sekarangni ialah WAKTU aku dengan ALLAH..Bayangkan seperti didepanku Satu jalan lurus,anak,isteri,hal dunia kita diletak ditepi,didepanku ialah ALLAH..
6.Berikan yang terbaik seperti satu Tugasan yang perlu kita buat dengan betul2 baik.

Mungkin untuk mendapatkan khusuk dalam solat berbeza antara satu sama lain..jika anda ada tips untuk dikongsi bersama..tulislah diruangan comment atau shoutbox..Semoga kita ditempatkan diantara orang2 yang beriman dan bertakwa..AMINN..

0 comments: