Di atas Perbincangan dan keperihatinan kerajaan malaysia mengekang gejala merokok bermula diperingkat sekolah,kerajaan telah menghentikan stok dunhil 14 bermula May 2010.Ini adalah untuk kebaikan masyarakat malaysia yang menjadikan rokok sebahagian hidup mereka..Jika sebelum ini kerajaan telah mengarahkan pihak pengusaha rokok untuk meletakkan gambar bahaya merokok yang dipaparkan di atas kotak rokok.Cara ini sedikit sebanyak menyedarkan pengguna betapa bahayanya rokok pada kesihatan.Namun cara ini masih dianggap kurang berkesan.
Harga rokok Dunhil 14 ialah Rm6.90,dunhil 20 pula ialah Rm9.20.Selepas ini pengguna hanya mempunyai 1 pilihan iaitu dengan mengeluarkan wang dari saku sebanyak Rm9.20.Tujuan ini adalah untuk membebankan pembeli rokok membayar sejumlah wang yang besar pada setiap hari.
Saya sebagai pembeli rokok sejak tahun 2000 juga terasa bebannya.Marilah kita sahut seruan kerajaan untuk berhenti merokok.Walaupun dikatakan mampu,lebih baik kita laburkan wang kita ini kepada makanan asas yang lain.
*-Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pek 14 batang akan dehentikan jualannya dari 1hb jun 2010.Sehubungan dengan itu pek DUNHILL 14 juga akan mematuhi arahan ini,Walaubagaimanapun DUNHILL 20 masih dijual di pasaran.-*
