Thursday, September 30, 2010

Dragon fruit.


Orang tua pernah berpesan..berbaktilah selalu pada tanah ,kerana tanah itu akan berbakti pula pada kamu satu hari nanti..

Aku tak berharap dan mengharapkan sesuatu..Cuma bila aku membuat sesuatu kerja aku akan berusaha untuk mencapai objektif..

Proses penanaman ini ialah dengan membeli tunas pokok naga..Rm 3 sebatang di sebuah ladang penanaman pokok naga di jalan klang-kuala Selangor.

Aku gembira melihat tunas pokok naga tumbuh mekar sekali..Setelah setahun setengah aku menjaga pokok itu,dahan yang semuanya hijau tiba2 mengeluarkan bunga putih yang amat cantik sekali..memang cantik..

Sayang bunga yang putih gebu ini tidak tahan lama..hanya sehari mekar..esoknya sudah layu dan daunnya gugur..Tetapi kesedihan ini diubati oleh putik disebalik bunga yang gugur..wah..ini nak berbuah ini..hati ku berdetik..Putik yang kecil itu membesar menjadi buah naga..

Kalau tak silap kiraan aku buah naga ini matang pada usia 2minggu..perlahan-lahan buah yang hijau menjadi merah..tegantunglah buah naga yang ranum dimakan yang boleh dipetik bila2 sahaja..

Aku telah membuktikan bahawa berbakti pada berbakti pada tanah mendatangkan faedah..Terasa puas bila melihat pokok yang ditanam mendatangkan hasil.

Thursday, July 1, 2010

Modifikasi perodua alza.




Update @ 26 august 2011....

Disini saya hanya ingin berkongsi idea tentang pengubahsuaian alza,hanya sedikit pengubahsuaian yang ringan dan diluluskan oleh pihak berkuasa.jika ada inspirasi dan idea lain anda boleh tulis di ruangan comments.


1.Pemasangan bodykit advance,pemasangan ini saya buat pada hari kedua saya mendapat alza.memang dah booking utk bodykit ni awal2 lagi..harga di perodua adalah rm2080 termasuk pemasangan..bodykit ini adalah original advance (ABS)...termasuklah finishing rubbernya sekali.saya beli dengan supplyer perodua berharga rm1500nett..





2;Jika nak dikira,perodua alza telah ditintedkan original factory dengan 9o% uv protection.jika dilihat betul2..ada warna kehijau2an.tapi korang tahula..walaupun 90% tapi cuaca panas..mulalah teringin bercermin gelap.bermulalah zaman kegelapan dialza aku seperti gambar dibawah.Tapi bila dah dipasang.mulalah hati tak keruan terpikir pasal roadblock dll..hahahhah..tinted hitamni bertahan satu malam shj..hari esoknya aku tinted dengan warna lebih menarik iaitu shining grey..





3.Ultra racing stabilizer bar..saya telah menjadikan barangan ini sbg compartment wajib..jika tidak terasa dibuai2 semasa memandu..memang terasa indahnya bila memegang stering..stabilizer ini berharga rm160 termasuk kos pemasangan.


5.Reverse siren japan spect..item ini saya memakainya semasa zaman kegemilangan kenari dahulu..untuk menghilangkan rasa rindu pada kenari.item ini saya pasang pada perodua alza..apabila gear reverse dipilih..kedengaran amoi jepun bersuara..memang unik..rm250 halfcut..


6:pemasangan alarm buzzer.
Buzzer alarm ini aku kira sbgai benda yang penting..ini kerana,ketiadaan tone bunyi ketika menekan alarm membuatkan aku was2 setelah masuk ke shopping mall atau di pejabat.Bunyi tone ini sama seperti toyota vios.Tetapi hati2 dengan pemasangannya.pastikan Side wall antara engine dan cabin di silicone selepas memasukkan wire..jika tidak basahlah karpet kita..

7.sound proofing alza.
Aku diy untuk projek ini..Aku gunakan penyerap bunyi @soundproof dari brand superlon.
Untuk projek pertama aku pasang di bahagian pintu.


Untuk projek seterusnya aku pasang soundproof di bahagian wheel arch.Alza ini mempunyai bunyi tayar yang kuat so bila dah letak soundproof ni bunyi tayar dapat dikurangkan sehingga 50%.Untuk pengguna alza.aku syorkan untuk memasang sound proof di bahagian wheel arch seperti ini.


8..mesti kena tukar brake pad..abang botak tolong tukar brake..original factory manyak habuk ooo..

9..21 November 2011rim 17 inch..tyre,205,45,17...vip concept.
.

10.5 December 2010..rim enkei jdm honda rx2 2.0 limited 16 inch..tyre continental premium contact2..Gandingan rim dan tyre ni betul2 mantap.Ringan,senyap.sport concept.


11.6 december 2010.hantar ke kedai smoke headlamp.Rm80..di batu3 shah alam..

12..Alza masih jinjang..bila nak lowered ni..



15 december 2010..dah lama aku idam benda ni..Garmin Nuvi 1350..navigator ni penting untuk cuti2 malaysia bersama keluarga..


Setakat ini dulu modifikasi untuk alza..rehat jap for year 2011..


Change another spring..
sorry resolusi gambar kureng..camera blum update yang canggih..masih 3.2mp..hahaha..

ingatkan tahun 2011 ni nk rehat..keluar juga akhirnya wang utk rim lain./ june2011.


tak boleh tahan tgok rim ssr sp1 ni..2 piece../july2011-present/





Maaf lama x update coz nilah gambar terakhir bersamma ..Tiada lagi kegembiraan bersama alza...sob2..1.10.2013..thx



Friday, June 11, 2010

Perodua Alza


Perodua alza merupakan keluaran terbaru perodua..ia telah dilancarkan pada akhir tahun 2009.Kereta ini merupakan based on TOYOTA PASSO SETTE.Ia juga mempunyai saudara dari keluarga daihatsu iaitu DAIHATSU BOON LIMINAS.Ia telah dibawa masuk kenegara ini serta pembuatan,pemasangan dan dinamakan sbgai PERODUA ALZA.Enjin bersesaran 1.5cc DVVT dan Twin Cam.Ini menjadikan ia sebagai kenderaan yang mempunyai penjimatan minyak yang sangat baik dan performance yang tinggi....to be continue.....ada kerja...