Tuesday, July 21, 2009

Kenari kenderaan serbaguna


Kenapa aku memilih perodua kenari.banyak sebabnya antaranya ialah ia kenderaan yang pelik.Petak dan berkeupayaan tinggi.Walaupun outputnya hanya 58hp tapi ia tetap berkuasa memotong kenderaan dengan mudah.Ia dilengkapi dengan system injection dan Twin cam(DOHC).

Engine Bay

Ianya menjimatkan minyak.Aku tak perlu risau tentang kenaikan harga minyak.Harga Roadtax dan insurans yang rendah juga tidak memeningkan kepala aku untuk membayarnya.

System injection.

Pantas

Selain itu,kenderaan ini mempunyai ruang kabin yang luas..aku pernah membawa tangga 7 kaki tanpa sebarang masalah.Bukan itu sahaja,aku juga pernah memuatkan pasu bunga ,peti ais,kayu,pasir dan barangan lain semasa proses perpindahan rumah dulu.


Ruang yang Luas

Kenari juga mempunyai second hand value yang tinggi kalau dibandingkan dengan kenderaan nasional sekarang.Tahun 2004 aku membeli dengan harga Rm28K..Sekarang,tahun 2009 harga masih maintain area Rm20K-Rm21K.Harga hanya susut sekitar 7-8ribu selama 5tahun.

Secara keseluruhannya aku berpuashati dengan kenderaan ini.Setiap orang mempunyai citarasa yang sendiri.Seperti dalam Slogan kenari”pandangan yang berbeza”.




1 comments:

Anonymous said...

salam, betul tu.

kenari saya WKL 71++ memang tahan lasak dan walaupun suami ajak trade in sebab nak kami nak beli exora, saya pujuk sgt2 suami jgn laaaaa trade in, biar la jadi kegunaan peribadi saya.

bukan apa, selain tahan lasak, jrang sgt rosak enjin. cuma kelemahannya ialah motor tingkap sebelah driver sudah dua kali tukar sebab rosak.

kak siti
sg buloh