Wednesday, July 22, 2009

DIY Rak Pasu Bunga.




Disini aku ingin berkongsi ilmu tentang pembuatan rak kayu menggunakan kayu.Kayu yang aku gunakan ialah dari jenis resak.

1st:Buat pengiraan tentang panjang kayu dan berapa banyak pasu yang ingin diletakkan diatasnya.Disini aku menggunakan kayu bersaiz 2’,4’.Ini adalah untuk menjamin kekukuhan bunga bila diletakkan diatasnya.

2nd:Potong kayu 2’4’mengikut sukatan.Dalam 6feet.potong dalam 4keping



3rd:Buat Tangam dalam 4 keping mengikut ukuran.Pastikan ukuran tangam dan kayu tepat.ini adalah untuk memastikan hasil kerja kayu kita kemas dan tepat.



4th:Pakukan Kayu 6 kaki tersebut bersama tangam.





5th:Buat lubang pada sesetengah kayu untuk membenarkan skru melaluinya.

6th:Bila sudah siap,sapukan minyak diesel agar anai2 tidak menjadikan kayu ini makanan dia.Lastly sapukan syelek agar kayu anda indah berseri2.



Tuesday, July 21, 2009

My part time job no3 plumbing


Aku baru menceburi bidang ini iaitu bahagian plumbing.Kerja ni sebenarnya mudah jika hendak dibandingkan dengan kerja pendawaian dan juga bahagian perladangan.Ianya akan menjadI rumit sekiranya pemasangan paip plumbing mempunyai kebocoran di tempat yang mempunyai konkrit yang keras.

Diantara paip yang bocor.

Scope plumbing termasuklah pemasangan paip didalam dan diluar rumah.Selain itu juga aku membuat pemasangan tandas rumah.Aku tidak mengira tentang pekerjaan yang aku lakukan asalkan aku tidak mensia-siakan masa yang terluang.

Menukar ganti pump tandas yang lama dan digantikan dengan yang baru.


My part time job No2.Wiring.


Di kesempatan yang ada aku gunakan kemahiran aku dengan membuat wiring di seitar kawasan penempatan aku.Hanya bergerak secara solo.Membuat pendawaian kecil-kecilan.Seperti memasang lampu,kipas ,soket dan water Heater.


Bila aku lakukan pendawaian disesuatu rumah.Aku ingat pesan cikgu sekolah vokasional aku.Bila dah habis membuat kerja.Tolong Bersihkan kawasan berkenaan.jangan tinggalkan segala sampah dan kabel wiring.Itulahsebenarnya disiplin sebagai seorang wireman.
Disini aku kongsikan pemasangan system Water heater.

1.Sambungkan kabel dari DB
.

2.Pastikan menggunakan MCB 30Amps

3.Sambungkan melalui switch.L,N,E.



4.Connect cable to incoming water heater.


5.Test Elcb.samada berfungsi @ tidak.



Note:Dalam memasang Water heater ini juga memerlukan kepakaran plumbing.

Kenari kenderaan serbaguna


Kenapa aku memilih perodua kenari.banyak sebabnya antaranya ialah ia kenderaan yang pelik.Petak dan berkeupayaan tinggi.Walaupun outputnya hanya 58hp tapi ia tetap berkuasa memotong kenderaan dengan mudah.Ia dilengkapi dengan system injection dan Twin cam(DOHC).

Engine Bay

Ianya menjimatkan minyak.Aku tak perlu risau tentang kenaikan harga minyak.Harga Roadtax dan insurans yang rendah juga tidak memeningkan kepala aku untuk membayarnya.

System injection.

Pantas

Selain itu,kenderaan ini mempunyai ruang kabin yang luas..aku pernah membawa tangga 7 kaki tanpa sebarang masalah.Bukan itu sahaja,aku juga pernah memuatkan pasu bunga ,peti ais,kayu,pasir dan barangan lain semasa proses perpindahan rumah dulu.


Ruang yang Luas

Kenari juga mempunyai second hand value yang tinggi kalau dibandingkan dengan kenderaan nasional sekarang.Tahun 2004 aku membeli dengan harga Rm28K..Sekarang,tahun 2009 harga masih maintain area Rm20K-Rm21K.Harga hanya susut sekitar 7-8ribu selama 5tahun.

Secara keseluruhannya aku berpuashati dengan kenderaan ini.Setiap orang mempunyai citarasa yang sendiri.Seperti dalam Slogan kenari”pandangan yang berbeza”.




Monday, July 13, 2009

My holiday at Perak.


Dikesempatan cuti selama 5 hari ini aku tinggalkan pekan ini dan aku isi dengan percutian yang kami anggap indah...Walaupun hanya 2 hari 3 malam,tapi kami puas dengan keindahan alam semulajadi..
Kami bertolak ke Negeri perak pada pukul 10 pagi..Tidak terasa jauh perjalanan kerana seronok dengan permandangan.Jalan Dari Klang ke Perak pun sudah lebar..tiada lubang yang mengganggu kelancaran perjalanan kami.Terima kasih kepada kerajaan negeri selangor kerana pelebaran jalan amat memudahkan kami sebagai pengguna Jalanraya.
Kami mengambil keputusan kami untuk tidur semalam 2 dirumah kakak kami yang terletak di ulu dedap perak.Kami sampai lebih kurang dalam pukul 3ptg.Setibanya kami sampai,kami disambut meriah oleh keluarga mereka.
Pada sebelah malamnya pula kami pergi bersama2 ke jetty pulau pangkor.Memang sedikit terkejut kerana jetty ini telah banyak pengubahsuian dari segi insfrastrukturnya.Malam itu sungguh meriah dengan uptownnya yang menjual pelbagai barang termasuklah barang perhiasan dan juga barangan lain.
Keesokannya pula kami pergi ke teluk batik.memang indah suasanya.tapi pelik tak ramai orang seperti ditempat peranginan lain.Setelah puas posing bergambar dan mebeli belah,kami pergi kembali ke jetty pulau pangkor.Kami geram dengan longgokan ikan dan sotong kering.
Kami membeli ikan dan sotong kering adalah sebagai ole-ole kami diperak sepuas-puasnya.
Pada petang itu juga,kami bertolak ke batu gajah untuk membeli durian.Perghhh...best ooo...
Sememangnya percutian kali ini kami puas.



Jetty pulau pangkor


Menara Condong


Teluk Batik