KKp auto..batu 3 shahAlam..blakang DHL..
.
smoke headlamp yeahhh..
Idea,pandangan,Pengalaman
MAHA International & HPPNK 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia.
MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Untuk tidak melepaskan peluang ini kami sekeluarga meluangkan masa bersama untuk melihat sendiri ekspo tersebut.Ternyata pameran ini memang berbaloi kerana banyak membuka minda kami tentang pertanian.
Bas yang disediakan untuk bergerak dari terminal A ke terminal B.
Mesti try pengangkutan trektor ini..best..
Diantara pokok herba yang ada dijual.
Sudah lama aku mencari pokok herba ni...heheh..dapat...juga akhirnya..beli 2 pokok..1 untuk wife dan satu untuk mak mertua..
pokok orkid menjadi tumpuan para penggemar orkid..
Masa untuk pulang...Kami seronok dan berbaloi dengan lawatan ekspo ini...
Anak seumpama permata yang disayangi..Dari sebesar telapak tangan,merangkak bejalan dan pandai berkata-kata. Semakin membesar semakin banyak yang perlu dipelajari dan semakin banyak ingin tahu dan mencuba.
Haikal zakwan memang menyukai haiwan sejak kecil lagi..Bila balik kg,dia akan melambai2 tangan lembu di ladang,member makanan pada kucing neneknya.serta menjaga terkukur peliharaan aku.Aku tersenyum melihat telatahnya..biasalah budak kecil..Hari2 dia mengajak aku pergi ke kedai.Tidak peliklah kerana kedai banyak jajan kegemarannya.Rupa2nya ada udang disebalik batu.Aku perasan dia selalu menjeling kedalam kotak yang dilletakkan di tepi kedai tu..Walaupun kedai runcit,tetapi mcm2 ada.dari barangan runcit,barangan elektrik sehinggalah ayam itik..Terlepas dari mulut utk nbertanya..Haikal nak itik ker..dengan steady dia menjawab..babah,nak itik...ah sudah..mana aku nak letak binatang alahni.
Nampaknya,terpaksa jugalah akur dengan kehendaknya..Sukanya bukan main lagi..tersenyum riang..Dia senyum..aku yang pening, mana nak letak Donald duck ni..tak kanla nak letak kat umah taman..marah jiran2 aku nanti..lastly aku buat keputusan untuk membela Donald ni di umah neneknya.ini kerana zakwan dijaga oleh neneknya setiap hari.Hari2 dia mengajak neneknya utk memberi makan minum..tak kisahla haikal..asalkan haikal gembira..
Kepada pemilik-pemilik perodua alza,ini merupakan perkara wajib dilakukan kepada kenderaan anda..Percaya atau tidak,perodua alza ini tidak dibekalkan perlindungan bunyi secukupnya.Sound proofing yang teruk ketika berada didalam kabin kenderaan ini.Dengan bunyi persekitaran,walaupun motor scooter dengan berkadaran bunyi yamg rendah tetap didengari.Kenderaan keluaran perodua sebelum ini,seperti kancil,kelisa,kenari,myvi tidak mengalami masalah seperti ini.Berbekalkan pengalaman dan keyakinan terhadap keluaran perodua,saya tidak bersyak wasangka terhadap keluaran kereta nasional kedua ini.ini kerana alza ini telah dilancarkan di Jepun sebagai Toyota Passo sette.Nampaknya pilihan saya kali ini kurang tepat.Kami sebagai pemilik perodua alza 1st batch ini bagaikan tikus putih untuk kajian.Saya tak pasti jika Toyota passo sette juga mengalami masalah sound proofing ini.Kepada pembaca terutamanya individu yang bekerja dengan perodua,ini merupakan komen yang membina untuk menjadikan perodua gah di persada antarabangsa.
Pernah satu ketika saya meluahkan perasaan kepada isteri saya untuk menjual balik kenderaan ini.Namun setelah berfikiran waras saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini sahaja.Ini kerana tidak ada satu masalah pun yang tidak boleh diselesaikan.Berbekalkan internet,saya membuat kajian untu upgrade sound proofing ini.Kini saya mempunyai 2 pilihan,diantara bahan bitumen atau span(sponge).walaupun bitumen lebih menyerap bunyi,namun harga yang tinggi dan bahan yang berat menyebabkan saya memilih span sebagai alternative lain.
Span ini dipangil SUPERLON,ia terdiri dari lubang2 halus yang boleh menyerap bunyi,Ia juga lebih ringan berbanding bitumen.Span ini mempunyai self adhesive yang akan memudahkan kerja nanti.
Untuk projek pertama saya lakukan untuk pintu;
1.Buka semua door panel(pastikan kerja dilakukan berhati2 untuk mengelakkan klip patah)
2.Ukur span mengikut kesesuaian door panel
3.lekatkan pada door panel.
4.install kembali kesemua doorpanel
Hasilnya ia Dapat mengurangkan bunyi sebanyak 30%.
2.Untuk projek kedua adalah untuk mengurangkan bunyi tayar yang bising.
1;Mengenalpasti tempat2 laluan angin.Pasti terkejut kerana alza banyak menggunakan plastik utk wheel arch.Dapati banyak ruang2 kosong terus ke fender.
2:potong mengikut kesesuaian.Menggunakan superlon bersaiz 10mm tebal utk menyerap bunyi.
3;Tampalkan superlon dibahagian dalam wheel arch.Saya seal dikedua2 belah.antaranya di besi dalam dan plastik yang nipis tuu..
3;mengenalpasti laluan angin ke ruang kecil pintu..saya sumbatkan lebihan soundproof original perodua yang didapati di pintu.
4:Ini merupakan tmpat2 yang telah di settlekan.
Hasilnya amat berpuashati..bunyi tayar menjadi senyap dan pemanduan lebih selesa.
3.Untuk projek ketiga ialah mengurangkan bunyi dari bawah lantai.
3.1;Buka konsol gear,klip dan lain2..Mak oi...kadboard tong ikan shj sbg insulation...
Kadboard tong ikan..
...insulation jgn sampai mengganggu gugat paras pedal minyak..heheh..
Bersambung......utk roof dan lantai engine cabin...
ok ini sambungan utk sound insulation after 0ct 2011
Tidak puas hati dengan sound proof 2010...upgrade sikit je pun..
heheh..dapat harga offer kat kdai xsesori..ambilla semua rm90..
haritu jugak aku settle my alza..
Lantai pun kasi sound proof..
baru puas hati aku,.,.luar dalam..,wuaahahah...scooter lalu xdgr,,rxz dengar lagi..klau rxz xdgr..pekak ar lu..wuahahaha,..,
bumbung?blum lagi..tunggu sunroof mai baru pasang..cewaahhh..