Friday, October 15, 2010

Alza sound proof


Update 6 oct 2011

Kepada pemilik-pemilik perodua alza,ini merupakan perkara wajib dilakukan kepada kenderaan anda..Percaya atau tidak,perodua alza ini tidak dibekalkan perlindungan bunyi secukupnya.Sound proofing yang teruk ketika berada didalam kabin kenderaan ini.Dengan bunyi persekitaran,walaupun motor scooter dengan berkadaran bunyi yamg rendah tetap didengari.Kenderaan keluaran perodua sebelum ini,seperti kancil,kelisa,kenari,myvi tidak mengalami masalah seperti ini.Berbekalkan pengalaman dan keyakinan terhadap keluaran perodua,saya tidak bersyak wasangka terhadap keluaran kereta nasional kedua ini.ini kerana alza ini telah dilancarkan di Jepun sebagai Toyota Passo sette.Nampaknya pilihan saya kali ini kurang tepat.Kami sebagai pemilik perodua alza 1st batch ini bagaikan tikus putih untuk kajian.Saya tak pasti jika Toyota passo sette juga mengalami masalah sound proofing ini.Kepada pembaca terutamanya individu yang bekerja dengan perodua,ini merupakan komen yang membina untuk menjadikan perodua gah di persada antarabangsa.

Pernah satu ketika saya meluahkan perasaan kepada isteri saya untuk menjual balik kenderaan ini.Namun setelah berfikiran waras saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini sahaja.Ini kerana tidak ada satu masalah pun yang tidak boleh diselesaikan.Berbekalkan internet,saya membuat kajian untu upgrade sound proofing ini.Kini saya mempunyai 2 pilihan,diantara bahan bitumen atau span(sponge).walaupun bitumen lebih menyerap bunyi,namun harga yang tinggi dan bahan yang berat menyebabkan saya memilih span sebagai alternative lain.

Span ini dipangil SUPERLON,ia terdiri dari lubang2 halus yang boleh menyerap bunyi,Ia juga lebih ringan berbanding bitumen.Span ini mempunyai self adhesive yang akan memudahkan kerja nanti.

Untuk projek pertama saya lakukan untuk pintu;

1.Buka semua door panel(pastikan kerja dilakukan berhati2 untuk mengelakkan klip patah)

2.Ukur span mengikut kesesuaian door panel

3.lekatkan pada door panel.

4.install kembali kesemua doorpanel

Hasilnya ia Dapat mengurangkan bunyi sebanyak 30%.

2.Untuk projek kedua adalah untuk mengurangkan bunyi tayar yang bising.

1;Mengenalpasti tempat2 laluan angin.Pasti terkejut kerana alza banyak menggunakan plastik utk wheel arch.Dapati banyak ruang2 kosong terus ke fender.

2:potong mengikut kesesuaian.Menggunakan superlon bersaiz 10mm tebal utk menyerap bunyi.

3;Tampalkan superlon dibahagian dalam wheel arch.Saya seal dikedua2 belah.antaranya di besi dalam dan plastik yang nipis tuu..

3;mengenalpasti laluan angin ke ruang kecil pintu..saya sumbatkan lebihan soundproof original perodua yang didapati di pintu.

4:Ini merupakan tmpat2 yang telah di settlekan.

Hasilnya amat berpuashati..bunyi tayar menjadi senyap dan pemanduan lebih selesa.

3.Untuk projek ketiga ialah mengurangkan bunyi dari bawah lantai.

3.1;Buka konsol gear,klip dan lain2..Mak oi...kadboard tong ikan shj sbg insulation...

Kadboard tong ikan..

...insulation jgn sampai mengganggu gugat paras pedal minyak..heheh..


Bersambung......utk roof dan lantai engine cabin...

ok ini sambungan utk sound insulation after 0ct 2011

Tidak puas hati dengan sound proof 2010...upgrade sikit je pun..

heheh..dapat harga offer kat kdai xsesori..ambilla semua rm90..

haritu jugak aku settle my alza..


Lantai pun kasi sound proof..

baru puas hati aku,.,.luar dalam..,wuaahahah...scooter lalu xdgr,,rxz dengar lagi..klau rxz xdgr..pekak ar lu..wuahahaha,..,

bumbung?blum lagi..tunggu sunroof mai baru pasang..cewaahhh..

22 comments:

Unknown on October 23, 2010 at 11:08 PM said...

Simple ways to reduce tyre noise, just change to Bridgestone low noise tyres.

c70 on December 12, 2010 at 5:34 PM said...

Hi, where can i buy this superlon? did u use 10mm or 6mm for the door panel? thanks.

NiZamSaMat on December 15, 2010 at 10:46 PM said...

Andrew wong..Ya..correct lagi bagus tukar tyre..i vote continental tyre..

NiZamSaMat on December 15, 2010 at 10:48 PM said...
This comment has been removed by the author.
NiZamSaMat on December 15, 2010 at 10:49 PM said...

c70...door panel6mm..lantai&roof 10mm..

Anonymous said...

Nizam,

Mana boleh beli itu sound proof span, you custom buat punya ah?

Anonymous said...

Salam Nizam;
Boleh tak saya tahu kat mana saya boleh beli span sound proof tu... saya pakai alza gak bunyi angin masuk.. kuat gak...

TK - Zainuddin

Anonymous said...

Salam bro kt mna nk bli super lon tu ye..nk DIY sendri

NiZamSaMat on September 9, 2012 at 12:37 PM said...

span superlon boleh kita cri di kdai aksesori..harga brbeza setiap kdai..

Anonymous said...

Assalam

Aku bli Alza april 2013 pun masih lg tak sound proof. Tension tol bla dgr bunyi keta lalu sblah. Sblm ni pakai Viva yg kecik nonet tu pn x la dgr cm tu.

Aksmee.

Anonymous said...

Tipu la bridgestone.setahu aku tayar yang lembut je senyap.tayar made in malaysia paling bagus sebab negara kita pengeluar getah terbesar.if nak tahu tayar tu senyap ke tidak masa pergi kedai tayar tu cuba korang cucuk kuku kat tayar tu. eg : continental,goodyear&michelin.lain brand tu harga je Poyo macam baguihh!if lain brand tu keras sangat sampai boleh buat second hand bertukar tangan berkali2.tu perbezaan dia getah malaysia dan tayar luar yang import sini balik padahal campur recycle getah.kita sebagai rakyat malaysia berhak dapat getah kita sendiri dan jangan support tayar recycle luar.tayar bridgestone ni kalau masuk kat toyota/nissan/bmw/mazda memang la xdengar sangat bunyi.kualiti keta local xsama import.termasuk minyak masak,padahal kita pengeluar tapi terlalu keji bila tengok rakyat kita sendiri pakai minyak masak recycle.dah macam menggadaikan nyawa sendiri demi keselesaan orang lain.

funriders on January 5, 2016 at 2:35 PM said...
This comment has been removed by the author.
funriders on January 5, 2016 at 2:38 PM said...

Salam bro Nizam, kalau saya nak mohon jasa baik tuan utk buatkan kereta saya dgn bayaran upah, tuan boleh buatkan ke? Kalau boleh harap dapat berhubung dgn tuan, saya stay area Kajang Selangor.

funriders on January 5, 2016 at 2:38 PM said...

Salam bro Nizam, kalau saya nak mohon jasa baik tuan utk buatkan kereta saya dgn bayaran upah, tuan boleh buatkan ke? Kalau boleh harap dapat berhubung dgn tuan, saya stay area Kajang Selangor.

funriders on January 5, 2016 at 2:39 PM said...
This comment has been removed by the author.
funriders on January 5, 2016 at 2:39 PM said...

Salam bro Nizam, kalau saya nak mohon jasa baik tuan utk buatkan kereta saya dgn bayaran upah, tuan boleh buatkan ke?

Unknown on February 25, 2016 at 6:34 PM said...

Salam tuan..
Kat mana nk dapatkan barang2 yg tuan pakai tue..???

Unknown on February 25, 2016 at 6:34 PM said...

Salam tuan..
Kat mana nk dapatkan barang2 yg tuan pakai tue..???

Unknown on September 22, 2017 at 2:24 PM said...

Salam tuan boleh share video Cara buka alza seat tu?

roslifarid on April 2, 2021 at 1:07 PM said...

Tuan rumah x respon, x pyh komen la

Unknown on December 1, 2021 at 2:05 AM said...

Brader x reply nak jgakkomen mcm ini... Hahahaa

ishak on June 12, 2023 at 12:08 AM said...

Tuan rumah dah tak baca Komen dlm ni. Dia lbh SUKA baca Komen tik tok