Tuesday, October 5, 2010

Kampung sungai serdang.


Kg Sg Serdang dan Kg Tok Muda merupakan penempatan awal di kawasan Klang..Telah dibuka penempatannya pada awal 1950an dan ia berada dalam kawasan kapar.Menurut sejarah,Kg sg serdang ini dibuka kerana perpindahan penduduk dari kg lombong puchong.Ayah saya juga merupakan salah seorang penghijrah beramai2 pada waktu berkenaan.

Kg ini asalnya terdiri dari pokok paya bakau dan pokok2 hutan.ia terletak dipersisiran laut.Namun begitu,ia telah ditambak dan dijadikan kampung,Kini ia telah banyak berubah,dengan infrastruktur bangunan,kemudahan.Komuniti penduduk bertambah dari tahun ke tahun.

Ketua kg yang hebat,Seperti Arwah Hj asas bin tulus telah banyak menabur baktinya di kg ini.Jasanya tetap dikenang.Ini kerana sejak Kg sg serdang di bawah kuasanya.Kg ini telah dinaiktaraf seperti kemudahan jalan,perparitan dan lain2lagi.

Walaupun peredaran zaman kearah kemodenan.kenduri kendara masih mengekalkan konsep gotong royong ataupun rewang.Komuniti masyarakat disini amat baik,hormat menghormati dn tolong menolong.RELA masih wujud di kawasan ini.anggota Rela akan memastikan Kg ini selamat dari kegiatan tidak bermoral.


Kebanyakan penduduk disini masyarakat melayu.Jika dahulu.Kg ini terkenal dengan tanaman pokok kelapa dan pisang ..Namun lebih separuh tanaman kelapa diganti dengan kelapa sawit.Ada juga petani mengambil inisiatif lain dengan menjadikan ubi,nanas,tembikai tanaman mereka.




Kelapa sebagai Sumber Utama Pendapatan pada satu masa dahulu disini



Ladang Tebu & ia merupakan tanaman Alternatif..


Roti Canai Pong yang best...Tempat istirehat kami dihujung minggu..

3 comments:

helmi said...

salam. esok saya akan ke kg sg.serdang, mengikuti konvoi berbasikal uitm & act club dari kg.bt 4 ke kg sg.serdang. pegi sbg kameraman (ganti org je). semoga dpt jumpa roti canai pong & soto sg.serdang yg famous tu. ada masa bleh la pekena teh tarik dgn bro kat sana.

Kak Bunga on June 6, 2012 at 5:03 PM said...

salam, awak tau x sapa pengurus ladang tu? huhuhu saya tengah update tentang ladang pertanian kat klang ni..

Anonymous said...

tau.. tentulah. kg aku tu