Saturday, May 9, 2009

Modifikasi Yamaha Fz150i


Modifikasi Yamaha fz aku iniaku mulakan dengan penambahan fering di lampu depan.fering ini aku beli kat sentul dengan harga rm 520..ada orang kata ini fering motor rd..ahh,,,x kisahlah asal bleh masuk..heheh..bukan aper,klau aku x letak fering ni mcam ada yang x kena..mcm motor x cukup sifat jer..yer lah kita kena tau jugak konsep motor ni adalah naked biked so memangla bogel kesemuanya...

Selepas itu untuk mencukupkan sifatnya(kita pakaikan ia seluar dalam) hehehhh..ataupun engine guard..haaa...barula x Nampak enjin tu...yang ini aku beli dalam harga 130 siap cat..memang kedaitu yang cat..klau korang nak tau...cat yang disembur pada motor ni adalah cat yang berkualiti..pernah sekali tu aku pi kedai cat..nk cat full firing nie..”tauke ini fering kasi cat”...haiya..ini cat manyak bagus Ooo...u tengok ala lapisan minyak..”berapa rega tauke.”..ini haa mau 6rtus..ooo...fuhh..bleh tahan...dalam hati aku...dengan x percayanya aku pi sendiri kdai bancuh cat kat klang...memang diperakui cat ni memangla mahal...so korang jganla gatal2 nak tukar cat..upgrade colour x per,jgan downgrade...heheh..nanti kena gelak..

Bahagian tayar aku ada ubah jugak spesifikasinya..aku tukau yang besar ckit...tayar blakang aku pakai tayar standart tzm (IRC 90/110)..depan plak aku pakai 90/80...gandingan 2 tayar ni memang best...bila pakai tayar besarni stabil bila jlan lurus danconfident ckit nak lap.. lap baik punya..sampai cecah lutut...heheh..

Next projek,maybe aku nak pasangkan rear disc brake..insyallah..klau ada rezeki yang lebih,ongkos yanglebih..aku nak sarungkan disk brake 125Z pulak...yela sekarangni x mcm zaman bujang aku dulu..pandai2la seimbangkan family dan dunia permotoran..hehehh...ingt kita kena adil..manusia dan material...

.

Model Asal....




Full firing Pertama.Tak jadi pasang.Jual balik kat mudah.com.


Memasang Windshield Givi..nampak jer mcmni..bleh tahan jugak harganya.Harga area rm520..



Sampan Vixion dari indonesia..



Inilah hasilnya..Motor nampak mantap dan cukup sifat.



Maybe my future Modification.hahahah...Ada duit lebih i will be order full firing yamaha YZFR15 from india.




Wednesday, May 6, 2009

Hadiah Anniversary yang ke 2.


Hadiah yang paling bernilai ialah kasih sayang dan perasaan hormat menghormati yang diamalkan sejak dahulu lagi.Sepanjang hidup aku aku mengutamakan sikap rendah diri,hormat pada yang lebih tua.

Mungkin itulah sebabnya diri kami disayangi dan juga dihormati.bercerita tentang hadiah perkahwinan.Bermula dengan sekecil2 nya hadiah sehingga sebesar2nya hadiah.Bukan nak menunjuk tetapi hanya ingin berkongsi cerita.

Kami memang tidak menyangka pada hari perkahwinan kami banyak sumbangan yang diberikan daripada rakan,saudara dan bos2 kami berdua.Boleh dikatakan penuh satu bilik dengan barangan hadiah.Atas katil hadiah lainlaaaaa..heheh..

Pada ulangtahun perkahwinan kami yang kedua.Ada insan berhati mulia(secret)menghadiahkan kami rumah.kami memang tidak menyangka insan yang kami hormati ini memberikan hadiah sebesar begini.Nilainya lebih rm100k tue..Hanya pesannya"Semoga berbahagia dan jangan membazir sini sana".ini hadiah dari kami,Semoga hidup korang senang dimasa akan datang"..



Hari pertama menjengah hadiah.


Melakukan unit pembersihan.

Tuesday, March 24, 2009

Membuat massage stone


Aku tertarik tentang binaan bangunan.Untuk permulaan aku cuba DIY membuat massage stone..Massage stone ini terdiri daripada batu sungai,dan ia sangat sesuai untuk mengurut tapak kaki.Selain ia kelihatan cantik diletakkan di halaman rumah,ia juga bagus untuk kesihatan..
Projek aku ini bermula pada 15 march 2009.Bermula dengan meng'order' bahan binaan di kedai Hardware.Aku memerlukan 30 massage stone untuk diletakkan di halaman rumah aku.Antara bahan yang diperlukan untuk membuat massage
stone ini ialah:

1:Pasir 1/2 ela,
2:Simen 1 beg
3:Plywo
od 0.5cm sekeping
4:Kayu 2cm x 0.5cm,
5:Paku kayu halus.
6.Dawai jaring.

7.Batu sungai






Cara membinanya ialah;
1:Sediakan Mould kayu untuk massage stone (1x1feet).Potong kayu (2 x 0.5cm)mengikut ukuran.Potong plywood dan paku di sekitar tempat yang berkenaan.


2.Setelah siap membina mould.Potong dawai jaring (1 x 1 feet).letakkan di dalam mould yang dibina tadi.Ini adalah untuk menguatkan struktur binaan.

3.Bancuh simen bersama pasir.Nisbah bancuhan untuk simen dan pasir ialah (1:2).Pastikan jangan terlebih pasir dan kekurangan simen.Ia akan menyebabkan binaan anda retak.

4.Letakkan bancuhan simen kedalam mould yang disediakan.Lebih kurang 5 skup bancuhan untuk 1 mould.

5.Letakkan Batu sungai diatas simen yang telah siap mengikut kreativiti anda.

6.Biarkan semalaman untuk pengeringan.Pastikan anda membuat dalam hati yang tenang tanpa terburu-buru..Pasti hasilnya mengagumkan.

Modal yang diperlukan ialah:
1:Pasir 1/2 ela, (Rm35)
2:Simen 1 beg (Rm16)
3:Plywood 0.5cm sekeping (Rm 18)
4:Kayu 2cm x 0.5cm,55 (Rm10)
5:Paku kayu halus. (Rm 1)
6.Dawai jaring. (Rm 9)
7:Batu sungai (Rm 60)
..........................................
Total=Rm145..Nilai kepuasannn...Anda tentukan..