Tuesday, March 24, 2009

Membuat massage stone


Aku tertarik tentang binaan bangunan.Untuk permulaan aku cuba DIY membuat massage stone..Massage stone ini terdiri daripada batu sungai,dan ia sangat sesuai untuk mengurut tapak kaki.Selain ia kelihatan cantik diletakkan di halaman rumah,ia juga bagus untuk kesihatan..
Projek aku ini bermula pada 15 march 2009.Bermula dengan meng'order' bahan binaan di kedai Hardware.Aku memerlukan 30 massage stone untuk diletakkan di halaman rumah aku.Antara bahan yang diperlukan untuk membuat massage
stone ini ialah:

1:Pasir 1/2 ela,
2:Simen 1 beg
3:Plywo
od 0.5cm sekeping
4:Kayu 2cm x 0.5cm,
5:Paku kayu halus.
6.Dawai jaring.

7.Batu sungai






Cara membinanya ialah;
1:Sediakan Mould kayu untuk massage stone (1x1feet).Potong kayu (2 x 0.5cm)mengikut ukuran.Potong plywood dan paku di sekitar tempat yang berkenaan.


2.Setelah siap membina mould.Potong dawai jaring (1 x 1 feet).letakkan di dalam mould yang dibina tadi.Ini adalah untuk menguatkan struktur binaan.

3.Bancuh simen bersama pasir.Nisbah bancuhan untuk simen dan pasir ialah (1:2).Pastikan jangan terlebih pasir dan kekurangan simen.Ia akan menyebabkan binaan anda retak.

4.Letakkan bancuhan simen kedalam mould yang disediakan.Lebih kurang 5 skup bancuhan untuk 1 mould.

5.Letakkan Batu sungai diatas simen yang telah siap mengikut kreativiti anda.

6.Biarkan semalaman untuk pengeringan.Pastikan anda membuat dalam hati yang tenang tanpa terburu-buru..Pasti hasilnya mengagumkan.

Modal yang diperlukan ialah:
1:Pasir 1/2 ela, (Rm35)
2:Simen 1 beg (Rm16)
3:Plywood 0.5cm sekeping (Rm 18)
4:Kayu 2cm x 0.5cm,55 (Rm10)
5:Paku kayu halus. (Rm 1)
6.Dawai jaring. (Rm 9)
7:Batu sungai (Rm 60)
..........................................
Total=Rm145..Nilai kepuasannn...Anda tentukan..

1 comments:

artfieda on April 21, 2009 at 10:16 AM said...

menarik lahh...baguih2....gewd job :)