Wednesday, December 14, 2011

Convert lc GP edition


Model 135lc GP dilancarkan setelah sebulan aku membeli lc es 5 speed.Model lc Gp ini adalah sempena ulang tahun ke 50 yamaha.model ini adalah limited kerana pengeluarannya sebanyak 2000 buah sahaja.untuk menghilangkan kekesalan membeli model terawal.aku telah memilih untuk meng"convertkan" lc ES to lc Gp edition.
barang adalah ori dari hong leong yamaha.

bila coverset ori..sticker or graphic set mestilah ori juge..
diantara gambar yang sempat ku ambil.
menguji tahap kesabaran dan kekreatifan menampal sticker..nak tampal berjam juga kerana takde pengalaman..
Sudah siappppp...ni baru pasang sticker..motor belum bukak skru lagi..

disebabkan sudah malam..kedai dah tutup,nak tunggu esok pun tak sabo..mlmni jugak aku settle kan..

inilah hasilnya..amacam..ok tak..


Tuesday, October 18, 2011

Aku Diuji lagi


Astagfirullah al azim ..itulah ungkapan yang dapat aku ucapkan setelah aku ditimpa musibah..satu demi satu dugaan datang.aku tahu aku sedang diuji..semoga ini dibuat pengajaran agar berhati2 tak kira masa dan tempat..aku betul2 berdoa agar aku,ibu-bapa aku,sahabat,saudara aku dan semua agar dijauhi dari segala bala bencana..aminn..

tercucuk duri sawit




kita insan yang lemah..ampunkan dosa hambamu ni ya ALLAH..semoga kita dijauhi dari dugaan yang berat..

Friday, August 26, 2011

Bajet pengurusan wang raya..



Lagi 3 hari nak raya...ramai kawan2 mengeluh..duit tak cukup..baju raya belum beli..keringlah aku lepas raya ni...bonus sikit..
Ini namanya tidak bersedia utk menyambut raya aidilfitri..lagipun menjadi hak syarikat utk memberi bonus..

1.Seeloknya 2 bulan sebelum raya..penyimpanan wang perlu dilakukan..

2.Pada Bulan puasa pula,membeli belah secara berperingkat2.Bila yang perlu shj..adalah diminta oleh agama utk mengenakan pakaian baru di hari raya.Kerana kita sudah berjuang dibulan puasa.hari raya ialah hari kemenangan..xkan nk pakai yang lama..

3.Bersedekah..jika mampu bagi lebih..kita bagi lebih..jika kurang mampu.xda duit raya ya dik...yang pentingkan kan bermaafan..:)

4.perlu dingat kewangan selepas hari raya..sebulan jugak tu nak tunggu hari gaji..jadi fikir2 kan lah....SELAMAT HARI RAYA....



Friday, August 12, 2011

Yamaha 135lc 2011 clutch Extreme Spirit


Motor merah kesayangan sudah terjual..
So, aku igat nk beli CBR 250..disebabkan kekurengan pulus..
Lc 135 2011? emm..nampak mcm x hensem,tp okla plak..
survey punya servey ada lc itam pakai clutch..
smart..garang..nampak macho la plak..
hati sudah jatuh cinta..1st model..ok tak ni..
harga pasaran clutch bermula dari rm7300-7500 cash,hutang 8k lebih..
nego punya nego aku dapat rm7200 tunai complete r/tax and insurans 1st party..


Yang ni gambar terakhir bersama lc 2010..
berbahagialah kau bersama teman baru.


ini pulak servey di kedai,lc 4 speed 2011


warna putih pun cun jugak


ha..yang ini terus jatuh cinta..


hitam ke putih?

hitam itu menawan..heheh..5 speed

ada disk brake belakang..rim enkei 2.50 rear,depan 1.6lebar.


tayar irc 100,70 siri..


5 speed..meter berat..

aku telah menggunakan motor ni selama 2 minggu,,blum habis pantangnya lagi..compare dengan lc terdahulu..
>penjimatan minyak-lc2011 adalah lebih baik coz guna curburetor upgrade with TPS
>Gegaran enjin-lc2011 adalah lebih baik..
>penukaran gear cluth-setakatni tiada masalah malah lebih baik dibandingkan dengan FZ150i.
>rekabentuk-lc dulu comei..yang ini nampak besar sikit coversetnya,
>pickup-semestinya lc cluth maju dihadapan.
>kelajuan-blum pasti..nnti update..
>meter-lc2011 80kmh..lc terdahulu 100kmh..
>lc 2011 ada 2 varian 4speed auto,5speed cluth-lc terdahulu 4 speed auto/cluth.
>bunyinya deruman ekzosnya lebih kasar dan mantap berbanding versi terdahulu

Banyak kelebihan pada aksesori lain pada 5 speed..kepada sesiapa yg berhajat utk membeli,simpan kewangan setiap bulan..kurangkan enjoy pada tahun ini..insyallah hajat akan tertunai utk membeli lc 2011..insyallah..

sambung..Aksesori yamaha lc 2011

visor cap

throatle

Dugaan berpuasa.


Aku rasa sudah lama tidak mencoret blogni..
Demam..pening kepala.Sakit badan..Sakit urat..
bersenam selalu,makan jaga,,tapi itulah..
kalau tuhan nak bagi sakit,bila2 masa jadi..maka jadulah ia.
wife aku pesan sabar,kerana diturunkan demam utk menghapus dosa2 kecil..
Tahun lepas pada awal puasa,aku demam suspek denggi..tp suspek jela..
tahun ni awal2 puasa..mcm2 virus ada,demam,sakit perut,pening kepala..sakit badan.
agak2nya kurang nakotin kot..hehehe..entahlah..
sekarang sudah sembuh,alhamdulilah..

Wednesday, June 22, 2011

Khusyuk dalam solat


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku seperti insan lain mengakui sememangnya susah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat..aku menunaikan solat tetapi selalu memikirkan hal duniawi.sudah 10 tahun aku masih belum dapat betul2 khusyuk dalam solat..sehinggakan baru2 ini dalam solat aku diganggu dengan terbayang kehilangan orang tersayang dan kehilangan harta benda...kadang2 baru nak membaca al-fatihah bayangan itu muncul.
Sampai satu ketika ,aku berdoa...Ya allah berikanlah aku ke khusyukan dalam solat ku ini..ampunilah dosa hambamu ini..mungkin doa aku telah dikabulkan oleh Allah..Aku telah mendapat kekhusyukan dalam solat..aku tidak teringat langsung hal duniawi,bayangan maut atau musibah..alhamdulilah..

Tips untuk dikongsikan untuk para muslimin dan muslimat..
1.Buat seperti yang aku lakukan..berdoalah kepada Allah (dengan betul2 yakin) agar mendapat kekhusyukan dalam solat.
2.Pastikan menjaga makan dan minum.Jauhkan yang dilarang.
3.Mengambil wuduk yang sempurna.kerana wuduk adalah syarat wajib untuk solat.
4.Mulakan sebelum solat dengan membaca surah An'nas..seperti imam membaca dimana2 masjid.Surah ini melindungi kita daripada diganggu oleh syaitan yang direjam.
5.Semasa mengangkat tangan untuk takbiratul ihram..KETEPIKAN isteri,anak,keluarga,wang hal dunia..Sekarangni ialah WAKTU aku dengan ALLAH..Bayangkan seperti didepanku Satu jalan lurus,anak,isteri,hal dunia kita diletak ditepi,didepanku ialah ALLAH..
6.Berikan yang terbaik seperti satu Tugasan yang perlu kita buat dengan betul2 baik.

Mungkin untuk mendapatkan khusuk dalam solat berbeza antara satu sama lain..jika anda ada tips untuk dikongsi bersama..tulislah diruangan comment atau shoutbox..Semoga kita ditempatkan diantara orang2 yang beriman dan bertakwa..AMINN..

Monday, June 13, 2011

Sen,Ringgit,ratus,ribu


Mungkin ramai yang memandang sebelah mata dengan nilai sen..alah 10sen..kecilnya duit ni..x berguna pun dalam hidup aku..Tapi korang sedar tak nilai 10sen zaman awal 90an dulu..klau di sekolah dapat kuih donut,karipap ataupun secawan air ..mungkin zaman mellenium ni 10 sen tak bernilai apa2.klau dapat pun gula-gula 2 biji..ape da hal..kali ini aku bukan nak membicarakan tentang nilai nilai 10 sen..Tapi aku nak membicarakan nilai sen menjadi ratusan ringgit.

Ok..mungkin ada yang masih belum memahami kepentingan sen dalam hdup kita..ye lah..gaji atau pendapatan sekarang pun dalam beribu atau berpuluh ribu.mana letaknya sen dalam minded kita..tapi mana nak datangnya,puluh,ratus,ribu,puluh ribu jika bukan dari sen..Disini aku nak mengajak para pembaca untuk menyayangi sen dalam hidup kita..kasihan duit sen tu,bersepah sana sini..klau jatuh pun,buat2 tak Nampak je..yela gaji puluh ribu..Tapi sedar atau tidak dari sekecil2nya gaji atau sebesar2nya gaji..jika tiada niat menyimpan,duit itu akan habis juga..

Bagaimana nak menyimpan..Ok.. Beli satuTabung besar untuk diletakkan rumah,Subkan tabung,pada 2 yang lain dalam bentuk kecil untuk diletakkan di kereta,dan office. Pastikan Dalam wallet atau dompet berisi dengan wang kertas shj..ingat jangan isi syiling dalam dompet..ia juga dapat menyelamatkan jangka hayat dompet,ic dan kad ATM anda.Contoh anda pergi ke pasaraya,Harga sesuatu barang bernilai rm9.40..baki 60sen tersebut terus masuk dalam saku, sesampainya di kereta,isi sen dalam tabung..amalkan sikap begitu dengan menggunakan duit kertas setiap hari dan menyimpan sen dalam saku.Bila cukup seminggu.Keluarkannya dan simpan dalam tabung besar.Wah,perhatikan,tabung anda semakin penuh dari minggu ke minggu.bulan ke bulan .seronok bukan..

Jadikan rutin dan disiplinkan diri dalam menyayangi duit sen.Nilai sen yang anda pandang sebelah mata tadi akan berubah kepada nilai ringgit,puluh ringgit dan ratusan ringgit.mungkin ribuan ringgit..Mungkin duit tabungan ini bakal membantu anda disaat anda betul2 memerlukan..thanks...

Friday, June 10, 2011

Cara dan tips menyimpan wang


Asas menguruskan wang ialah menyimpan sedikit wang untuk kegunaan di satu masa yang memerlukan.Ingat semasa kecil dahulu...Ingin membeli satu mainan.Minta berkali2 tak diendahkan..Sampaikan bertekad,menyimpan sedikit wang saku utk membelinya juga..bukannya mahal.dalamrm20 shj..dulukan siapa yang ada kereta remote control adalah paling terhensem sekali..hahaha..belanja Sekolah kebangsaan 30sen.,sekolah agama 30sen..kalau dulu sebelum menyimpan, habis duit tersebut..namun bila hati dah bertekad..ini dia..Sebelum pi sekolah buat air sirap dari rumah..letak dalam botol besar..klau sarapan bawa lebih ckit masuk plastik..klau lapar lagI guna 10sen utk beli karipap..cukuplah..kenyang jugak sbb bawa bekal..dulu menabung 40senx5hari sekolahx2bln=rm16...4ringgit+hasil usaha tolong maka abah di ladang...rm20..dapatlah yang aku idamkan..hebat pada zaman tue..aku ada kereta control..

Sampai Sekarang aku masih menabung untuk mencapai satu matlamat..cuma sekarang jumlahnya mestilah berbeza..xkan nak simpan 40sen satu hari kan..ini adalah pengalaman aku utk tatapan bersama..

1-Paling penting ada tabung..Yaa,tabung..beli yang lutsinar..boleh nampak duit bertambah setiap hari..seronok tgk tabung kosong awal bulan,penuh hujung bulan.
2- Awal bulan ialah permulaan duit tabung..31hb ialah tarikh penutupan kewangan tabung..bulan ini sepatutnya lebih baik dari bulan lepas..ini adalah untuk anjakan paradigma.


3-Simpan 10%dari pendapatan.ini perlu dilakukan diawal bulan..bukan diakhir bulan..jadikan ini adalah perkara wajib dilakukan.
4.Rancang perbelanjaan..selepas dapat gaji..tolak siap2..duit kereta,c/card,ptptn,tabung etc..then tengok balance..Cth baki tinggal rm1200..bahagi utk life pada 4bahagian..maksudnya,3rts utk setiap minggu..begitulah seterusnya selama sebulan..mesti ada lebih dihujung bulan nanti..
5-Buat part time job atau free lance..cari lah..ia xakan datang sendiri..aku mempunyai 4kerja freelancer..berniaga,advertisement,wiring,jaga ladang..semua ini kena pandai bahagi masa..antara kerja tetap dengan kerja sambilan..Lumayan beb..
6.hati mesti cekal,guna akal fikiran dan sentiasa menjaga kesihatan.
7-Kurangkan berjalan di shopping complex..igat ya,bukan tak boleh cuma kurangkan..masa waktu terluang isi dengan benda yang berfaedah utk mendatangkan wang..
8-Targetting..cthnya..target-> minggu ni rm125,target ->bulan ini ialah rm500..targetting tahun ini 6k..
9-Bila hari kehari nampak tabung bertambah nilai,kita akan terus menyimpan dan menyimpan..hujung bulan,keluarkan duit tabung dan masukkan dalam ASB..buat setiap bulan..Ynag penting ada buku..kita akan rasa happy wang bertambah dari tarikh bulan ini dan seterusnya..


Sedar atau tidak aku telah mengamalkannya dari tahun 2007 sehingga 2011..semalam penuh buku ASB..ya,..sikit2 lama2 jadi bukit..pastikan kita menghargai diri sendiri..kerana badan telah berjasa utk kehendak kita..hargailah dengan pakaian.makanan yang istimewa,merehatkan minda bersama orang tersayang.alhamdulilah hidup lebih bahagia dengan pengurusan wang yang betul dengan basic konsep sekolah rendah..Peace..

Thursday, May 19, 2011

Pekerja berjawatan awam sekarang..


Kadang2 aku terfikir mengapa masyarakat berjawatan kerajaan sekarang suka membuat pinjaman..Ia bukan khusus untuk semua,tetapi segelintir pekerja.Pinjaman yang berbentuk wang memang mudah diperolehi tetapi memakan diri suatu hari nanti..Mengapa tidaknya,pinjaman yang telah diluluskan sepatutnya digunakan sebaik2nya untuk kebaikan.ini tidak,wang yang diluluskan digunakan untuk MLM,skim cepat kaya dan untuk pelaburan kekayaan sekelip mata.
Sememangnya indah mendapat wang yang beribu dengan sekelip mata.Tetapi ingat,keindahan ringgit bukan selama2nya..ia akan habis dengan sekelip mata..
Saya tidak menyalahkan sesetengah peminjam yang menggunakan wang untuk perkahwinan,menyelesaikan hutang yang terdesak dan membina rumah untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Golongan ini akan merasa keperitannya,apabila kadar bayaran bulanan tidak mampu lagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.Pernah saya terjumpa pekerja kerajaan bergaji lumayan,tetapi nett payment ialah rm200 .bagaimana nak survive.Nanti berbunyilah gaji tidak cukup,gaji kecil,salahkan kerajaan, kerja banyak gaji sedikit.Bila sudah hutang meninggi,kerja malas nak buat,menuding jari kepada orang atasan.so fikir2kanlah..
Perlu dingat,sebagai contoh.anda meminjam rm20k,bukannya anda membayar balik 2ok,tetapi anda perlu membayar hampir 30K..Tidak perlulah bergaya,berkereta besar tetapi menyusahkan diri dan keluarga kelak.
Kesimpulannya ,gunalah wang sebaiknya.jika perlu,analisa kembali kewangan anda.Betulkah anda mampu membayarnya..dan perlukah meminjam..wassalam.
.

Saturday, May 14, 2011

alza 2011..


Syukur..31 may 2011 ini genaplah usia alza aku ini di jalanraya..Nak kek harijadi?No...aku akan belikan lebih baik daripada itu iaitu roadtax dan insurans...heheh..untuk kebaikan bersama..terimakasih berkhidmat utk aku..tidak banyak modifikasi aku lakukan kali ini terhadap alza berbanding kenari dulu..cukuplah dengan kenari wang aku laburkan..kali ini modifikasi alza dengan perkara yg simple2 shj seperti smoke headlamp,bodykit dan rim shj..wang yang lain aku gunakan untuk bercuti bersama keluarga..lagi bermakna..

TRIP TO MALACCA



TRIP TO ZOO NEGARA



TRP TO CAMERON HIGHLANDS

MENGHANTAR PENGANTIN SEREMBAN


DI KG TOK MUDA KAPAR

PAMERAN KERETA KLIMS
TRIP MEMANCING
Thanks alza>> kalau kau xda,x sampai aku ketempat2 tersebut...esok aku renew dan roadtax ekau yaa....